Fuh!!! Bahaya betul Negeri Pahang sekarang ni. Kalau Negeri lain tu, diorang gaduh kurang pekerjaan, kurang kawasan perumahan dan sebagainya.
Tapi lain pulak ceritanya di Negeri Pahang ni. Dengar kata Pahang kurang wanita!!! Memang lain macam Negeri Darul Makmur ni.
KUANTAN 20 Jun – Pahang kini berhadapan dengan masalah kekurangan wanita apabila hasil bancian pada tahun lepas mendapati lelaki di negeri ini lebih ramai daripada wanita.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil bancian itu mendapati jumlah lelaki adalah seramai 198,600 manakala wanita pula 188,900 orang.
"Ia menjadikan nisbah kaum lelaki dan wanita di Pahang adalah 113 lelaki berbanding 100 wanita.
"Angka itu melebihi paras nisbah nasional iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Taklimat Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakan Dasar Keluarga Negara di sini, hari ini. - Utusan
Mungkin diorang kurang wanita sebab semuanya cantik - cantik belaka kot. Kalau tidak, mana mungkin Sultan Melaka pun boleh jatuh cinta dengan orang Pahang, ye tak. Hehehe...
Tapi kalau Pahang kurang wanita, adakah ianya bermakna keturunan Tun Teja tu semakin tipis di Negeri Pahang ni? Habis la keturunan Srikandi Pahang kalau macam tu?
Rasanya tidak. Pahang ramai lagi srikandi - srikandi yang hebat - hebat. Kalau tidak, takkan lahir Seniman seperti Datuk Siti Nurhaliza ye tak? Dengar kata Seniwati Sarimah pun orang Pahang.
Cuma yang sedihnya, ada jugak dikalangan wanita yang bukan berasal dari Negeri Pahang ni suka buat hal. Dah dikecohkan satu Kuantan, lepas tu dia 'blah' macam tu je.
Rasanya ada baik 'wanita' tersebut pulang je kat tempat asal dia. Ada pun dalam Negeri Pahang ni pun buat semak je. Muka kalau macam Datuk Siti Nurhaliza tahan jugak la. Ini perangai kalah musibat!!! Ceit!!! Pigidah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.