Hari tu diorang jugak yang sibuk sangat nak memerangi Politik Fitnahkan. Siap buat tuduhan kononnya Politik fitnah ni kotor dan sebagainya.
Beria - ia diorang kecam sampai buat usul dan sebagainya. Tapi macam mana pulak kalau yang sebar fitnah tu adalah dikalangan pemimpin mereka sendiri?
Adakah mereka juga akan dikenakan tindakan dan dikecam seperti mana yang telah dilakukan dalam Mukhtamar PAS yang lalu?
Ni bukti Si Mat Sabun tu menyebarkan fitnah terhadap Si Anugay tu yang sebelum ni dia sendiri panggil Anwar Al - Juburi dulu.
Berikut merupakan petikan temubual yang dilakukan oleh wartawan akhbar Tamadun dengan isteri kepada Mat Sabun pada tahun 1999 dulu:
TAMADUN : Menyentuh sedikit isu sensasi yang hangat diperkatakan
suatu ketika dahulu berkenaan kes khalwat yang disabitkan dengan YB
Mohamad Sabu. Bagaimana puan melihat, sejauh mana penjelasan yang
diberikan oleh YB Mohamad Sabu tentang kes khalwatnya berbanding dengan
keterangan yang dilontarkan kepada Anwar Ibrahim tentang pertuduhan
skandal seksnya ? Mungkinkah ada perbezaan antara kedua-duanya
mengemukakan hujah bagi menerangkan kedudukan sebenar yang berlaku ?
Memang ada perbezaan. Seperti suami saya, setiap keterangan yang
diberikan kepada masyarakat dan rakan adalah serupa. Fakta keterangan
beliau di dalam ceramah tidak berubah. Apa yang diceritakan kepada
rakan-rakan itulah yang diberikan ketika berceramah.
Cuba lah dengar kaset ceramahnya mengenai keterangan khalwat beliau
dahulu. Tidak ada tokok tambah. Serupa. Seperkara lagi beliau boleh
membawa Haji Bukhari untuk memberikan keterangan. Tiada pun kita dengar
sehingga menimbulkan huru hara. Sebab itu kita yakin bahawa kita adalah
benar.
Berbeza keterangan yang diberikan oleh Anwar Ibrahim selama ini,
pandangan sayalah, Anwar cuba menarik perhatian orang ramai untuk
meraih simpati kepadanya dan membenci Mahathir.
Dalam ceramah beliau hanya menyebut reformasi, kegawatan ekonomi,
kronisme, nepotisme. Tuduhan skandal seks beliau tidak pernah disebut.
Malah tiada keterangan lebih lanjut mengenainya.
Mengapa baru sekarang sibuk menyebut keburukan orang lain khususnya
UMNO ? Mengapa tidak dulu ? Bukankah Anwar antara orang yang meluluskan
judi ? Mengapa setelah tidak berkuasa baru hendak menyebut soal
pengagihan kekayaan dan kuasa ?
Bagi saya, ceramah yang dilakukan selama ini tidak nampak bahawa beliau
menjelaskan kedudukan sebenar tuduhan skandalnya. Anwar sendiri
mengatakan beliau difitnah. Jadi berilah keterangan untuk menangkis
dakyah-dakyah yang dilemparkan. Selama ini hujahnya sekadar meraih
simpati masyarakat dan menimbulkan huru hara.
Hah! Macam mana? Tak cukup lagi ke wawancara tu untuk dijadikan bahan bukti bahawa Si Mat Sabun tu konsisten dalam membuat dakwaan terhadap Anwar?
Maka persoalannya sekarang, adakah apa yang didakwa oleh Mat Sabun dan isterinya itu adalah benar? Adakah mereka mempunyai bukti untuk membuat dakwaan tersebut?
Kalau tak ada bukti, maknanya diorang dah buat Fitnah. Jadi adalah wajar bagi Si Anugay tu ambik tindakan terhadap Si Mat Sabun dan isterinya.
Si Ketua Penipu tu kena failkan saman terhadap Mat Sabun kerana menyebarkan fitnah terhadap diri dia. Tapi itu pun kalau dia berani la.
Kalau tak berani, baik dia lupakan saja mimpi dia nak jadi Perdana Menteri. Sebab rakyat Malaysia pun tak nak ada Perdana Menteri yang tak de telur!!!
Ps: Pendedahan selanjutnya, Klik Disini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.