Khamis, Jun 16, 2011


Betul la puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang jenis cakap tak serupa bikin. Ada hati nak anjurkan Perhimpunan Bersih konon.

Macam mana diorang nak buat perhimpunan Bersih sedangkan Pilihanraya yang diorang sendiri buat pun kotor dan wujud elemen - elemen berat sebelah?

Cuba tengok pemilihan PKR tahun lepas. Berapa banyak aduan dan laporan mengenai penyelewengan yang telah dibuat oleh ahli - ahli mereka sendiri?

Sampaikan Chegubard sendiri pun kata pemilihan yang diadakan tu ada campur tangan 'ghaib' oleh Si Anugay tu sendiri.

Dan sampai hari ni, semua aduan - aduan yang dah dibuat oleh ahli - ahli PKR tu masih jugak tidak dijawab oleh kepimpinan. Terutama sekali oleh Si Mat Muka Bulan tu.

Itu yang diorang kata Bersih sangat? Itu yang diorang kata Pilihanraya Umum yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya selama ni kotor? Tak sedar diri betul.

Yang ni pulak, Pilihanraya terbaru anjuran puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Pilihanraya yang paling tak masuk akal, pun diorang buat jugak.

Dah la tak masuk akal, ianya turut ditentang oleh rakyat. Berat sebelah pulak tu. Sampai ada nama calon yang digugurkan tanpa sebarang sebab musabab.
NIBONG TEBAL 15 Jun - Proses penamaan calon pilihan raya masjid Pulau Pinang yang bermula hari ini didakwa berat sebelah apabila pencalonan sebahagian kepimpinan jawatankuasa masjid sedia ada ditolak Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tanpa sebarang alasan.
Kekeliruan mula timbul apabila keputusan pencalonan yang dipamerkan di beberapa masjid di seluruh Pulau Pinang hari ini tidak menyenaraikan kepimpinan masjid sedia ada walaupun mereka dicalonkan anak kariah masing-masing.
Perkembangan itu sekali gus menimbulkan polemik menjelang hari pengundian 18 hingga 24 Jun ini apabila wujud dakwaan proses pemilihan itu sudah 'diatur' pihak tertentu bagi menyingkirkan kepimpinan masjid.
Malah, terdapat penyandang jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa kariah masjid tidak disenaraikan walaupun menerima sehingga empat pencalonan sepanjang proses penamaan calon yang bermula 1 Jun lalu.
Ekoran itu, terdapat masjid yang bertukar teraju kepimpinan tanpa wujud sebarang pertandingan selepas pencalonan penyandang jawatankuasa kariah sedia ada ditolak.
Adil sangat ke Pilihanraya diorang ni? Bersih sangat dah ke? Dah nampak sangat wujud 'Favoritisme' dalam Pemilihan. Kalau tidak macam mana ada nama calon yang gugur?

Maknanya, dikalangan diorang sendiri pun dah tak adil, dah tak bersih. tapi ada hati lagi nak membersihkan orang lain?

Pergi beli cermin dulu la woi! Cermin diri tu dulu, baru cerita pasal orang lain. Kaji diri sendiri, sebelum nak kaji orang. Jangan la jadi macam ketam. Tahan ketam lagi sebab ketam tu binatang. Diorang pun nak binatang jugak ke? Macam sial!!!

Ps: Untuk baca laporan seterusnya, Klik Sini.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Dalam dunia ni, "nothing is free". Saya rasa Lawyer tu dapat suatu mandat untuk menghurukan negara Islam ni utk dapat anugerah baru2 ni. US xkan bagi kpd org Islam anugerah tu. Negara Islam paling stabil dan pentadbiran Islam sederhana adalah Malaysia. Kalau konsep kita berjaya akan jadi contoh buat negara Islam lain. Kukuh negara Islam adalah masalah utk US. Lawyer ni memang ada agenda. Jika dia di aniaya, US akan sokong dia dan cari pasal dgn Malaysia. Awas lah kita. Bersih 2 ni adalah agenda terakhir mereka sebelum PRU13 dan mereka nak ubah kerajaan kita ikut kekerasan. Harap Kerajaan nampak ni. I wish we still have Tun Razak dan Tun Dr Ismail utk lenyapkan orang2 seperti ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping