Selasa, Jun 07, 2011


Artikel ni Semut buat sebagai penghargaan kepada pembaca yang meninggalkan komen dalam blog Semut. Pandangan dia memang wajib Semut siarkan semula.

Bukan nak menentang Kerajaan. Tapi sekadar bagi PERINGATAN agar orang UMNO ni jangan leka, jangan suka sangat nak menongkat langit. 

Cuma Mamat ni tak berani nak tinggal nama dia je. Itu je kesilapan dia. Nak menegakkan kebenaran kena la berani sikit brader. Baca luahan hati pembaca blog Semut ni dulu:

Tanpa Nama berkata...

aku kan heran ngan banyak blog politik pro kerajaan.. aku pergi balakong..yang aku dengar orang menyampak sakan ngan umno

aku pergi sungai besi..pun aku dengar banyak jugak orang benci ngan umno. aku pergi langat..pun macam tu gak..

aku harap..korang jangan tidur...rakyat menyampah..dan benci dan meluat ngan umno..korang tak nak perkira..dok mengutuk pkr...SEDANGKAN RAKYAT..bencikat UMNO...umno buat apa yer...

tak kan aku yang bukan orang politik pun boleh nampak rakyat tengah jijik ngan umno..korang pulak buat cerita macam orang dok jijik ngan pkr..

aku nak orang umno ni..ambik balik hati rakyat...yang terutama di Bandar Tun Razak tu...bila korang nak pujuk orang orang umno yang merajuk tu...

aku nampak dia orang meluat ngan umno..tapi..tak suka nak sokong pkr..tapi apa boleh buat...dia orang hancurkan jer pangkah pangkah tu...

mau ingat lah...korang melalak jer...tapi rakyat sapa nak pujuk...
Hah! Macam mana? Sapa boleh jawab? Ada tak pemimpin UMNO yang ambik 'cakna' perkara ni dan mendahulukan rakyat? 

Kalau rasa tak de, tunggu apa lagi? Pergi la buat kerja!!! Dah dapat jawatan dalam Bahagian, takkan nak duduk goyang kaki je kot?

Kalau setakat goyang kaki, baik tak payah pegang jawatan. Suruh budak sekolah tadika pun boleh kalau macam tu, ye tak?

Tapi sapa makan cili, dia la rasa pedas ye. Semut tak maksudkan sesiapa. Cuma ianya atas kesedaran masing - masing la ye. Yang tak betul tu tetap kita kena betulkan. Jangan yang tak betul tu pun kita biarkan sahaja.

Ps: Bak kata pepatah budak zaman sekarang, Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat la!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kita kena tanya orang Melayu sendiri kenapa mereka benci sangat dengan UMNO? Jawapannya mudah. Strategi DAP, DSI dan PAS dah mengena. Depa pakai 'reverse psychology' dimana semua keselahan ...termasuk yang mereka lakukan; dilemparkan pada BN atau UMNO.Inilah tektik yang dimainkan oleh LKY bagi mempengaruhi orang Melayu untuk menawan Singapura.Tidakkah orang kita sedar tentang hakikat ini.Semua jasa baik dan jasa UMNO/BN hilang begitu sahaja.

    BalasPadam
  2. Aku setuju dengan lu anon 4:27

    Aku sedar kekalahn beberapa negeri dalam PRU12 dulu gara gara orang Melayu termasuk UMNO terlalu marah kepada kepimpinan parti, ditambah lagi dengan hasutan hasutan DAP dan pembangkang

    Tapi aku masih tak puas hati dengan sesetengah kepimpinan UMNO


    Orang Melayu tersangat sedar akan jasa UMNO, strategi DAP memang dah mengena, tapi yang aku musykil sesetengah pemimpin pemimpin UMNO masih buat UMNO macam mak bapak mereka punya, UMNO dah macam public listed company, dah macam GLC

    Yang dibawah ni teramat sedar, tapi yang diatas tu macamana?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping