...Sekadar Gambar Hiasan... |
Tak sedar diri betul diorang ni ye? Ada hati lagi tu diorang nak pikat 'Bekas Janda' dan dijadikan rakan 'sebantal' mereka memerangi Barisan Nasional.
Dengar kata, PKR sekarang dalam proses 'memikat' SAPP untuk menyertai Pakatan Pembangkang bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang.
Semua orang tahu bahawa SAPP ni merupakan 'Janda' Barisan Nasional. Sebelum ni, SAPP mintak 'Cerai Fasakh' dari BN.
SAPP mintak cerai tu sebab percaya sangat pada janji - janji Si Ketua Penipu berhubung rampasan Putrajaya dari tangan Barisan Nasional secara tak sah.
Dikhabarkan bahawa PKR sekarang sedang mengatur sepasukan rombongan 'meminang' untuk berunding dengan pemimpin - pemimpin SAPP tu tak lama lagi.
Alamak Ai! Tak sedar diri betul la puak - puak PKR ni ye? Diorang tak tau ke yang rakyat Sabah dah terang - terang menolak kehadiran mereka dalam arena Politik Borneo?
Yang diorang masih nak sibuk - sibuk jugak ni kenapa? Tak malu ke? Orang dah kata tak nak tu, faham - faham je la. Nak buat pekak badak buat apa lagi?
Entah apa pulak la janji - janji manis yang nak ditawarkan kepada SAPP dek puak - puak PKR tu kali ni ye? Adakah mereka akan janjikan 'Mahligai dikayangan'?
Yang SAPP pun, kalau diorang terima jugak 'lamaran' PKR kali ni, nampak sangat la bodohnya diorang. Hari tu pun dah kena tipu dengan Si Anugay tu. Kali ni diorang nak kena tipu jugak ke?
Tak serik ke diorang asyik kena tipu dengan puak - puak PKR tu? Sudah la. Kalau sekali kantoi menipu, selamanya menipu je la kerja diorang. Mana PKR tau buat benda lain selain daripada 'Kencing Rakyat'!!!
laaa...aku ingatkan apa ceritanya ni??? setahu aku bab bab pikat memikat mak janda ke bini org ni,puak puak jangoat cukup suka...especially mat sabun 121 tu...he..he
BalasPadam