Tak payah diorang nak nafikan lagi. Sememangnya perjuangan Parti Angguk Saja ni dah jauh menyimpang daripada perjuangan asal.
Adalah sesuatu yang sukar bagi rakyat, malah bagi Semut yang juga merupakan bekas ahli parti itu untuk mempercayai perjuangan mereka pada ketika ini.
Semua yang mereka kata, mereka buat dan mereka ucapkan hanya retorik semata - mata. Jadi, macam mana orang nak percaya pada mereka?
Tengok saja tunjang kepada dasar perjuangan mereka pun boleh diubah. Dalam Perlembagaan parti jelas menyatakan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam.
Tetapi, ucaptama daripada Presiedn PAS semalam jelas mengecewakan kerana dia sendiri menolak perlembagaan tersebut dengan menyatakan bahawa ianya tidak termaktub dalam Al - Qur'an.
Bukan setakat itu sahaja. Malah PAS telah menobatkan seorang Kaki Penipu yang termahsyur untuk menjadi orang nombor dua dalam parti yang memperjuangkan Islam itu.
Mana tidak. Dah berjuta kali Si Mat Sabun tu kata Anwar Ibrahim seorang Peliwat dan memberi gelaran Al - Juburi kepada dia pada tahun 1997.
Tapi dakwaan tersebut sampai sekarang tak jugak dijelaskan oleh Mat Sabun kepada ahli - ahli PAS. Apatah lagi kepada rakyat. Persoalan rakyat, kenapa dia buat dakwaan tersebut?
PAS juga hanya bermain kata - kata apabila menyatakan bahawa mereka menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah berada dalam parti itu.
Tetapi sebaliknya, mereka sendiri menobatkan Husam Musa sebagai Naib Presiden sedangkan pada ketika sesi pemilihan Mukhtamar diadakan, Husam terlibat dengan siasatan pihak SPRM.
Yang seterusnya, PAS jelas terus meminggirkan kaum hawa dalam Parti itu walaupun ada tuntutan yang dibuat oleh Dewan Muslimat PAS Pusat itu sendiri.
Sebelum ini, mereka berdegar - degar nak jadi juara kepada kaum Wanita dan dituntut agar diberikan ruang untuk mereka turut sama - sama berjuang. Kononnya nak tiru zaman Rasulullah katanya.
Malah DMPP juga turut membuat tuntutan agar PAS turut mencalonkan wanita disetiap Negeri dalam Pilihanraya Umum akan datang. 1 Parlimen dan 1 DUN diberikan kepada mereka.
Tapi jika dilihat dari sudut kepimpinan parti itu sendiri, kenapa hanya dua orang sahaja wakil kaum Hawa itu dipilih menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa?
Jika PAS benar - benar ikhlas mahu memberi ruang dan menjadi juara kepada kaum wanita, kenapa mereka tidak diberikan tempat lebih daripada itu? Sekurang - kurangnya seorang wakil bagi jawatan Naib Presiden.
Dah jelas. Apa sahaja yang dinyatakan dan diucapkan oleh PAS hari ini semuanya retorik belaka. Jadi tak hairanlah kenapa rakyat semakin menolak parti itu.
Malah perjuangan Islam mereka juga sudah tidak relevan lagi pada ketika ini. Nak memperjuangkan Islam apa jadahnya kalau asyik menipu rakyat je kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.