Mungkin itulah yang hendak dilakukan oleh Si Bapak Pandikutty ni. Dia sebenarnya hanya mahu menunaikan janji yang pernah dibuat dulu.
Semut masih ingat lagi sejarah Si Anugay ni masa dia belum jadi ahli UMNO. Mungkin, masa tu Semut pun belum lahir, tapi kisahnya masih segar sampai hari ini.
Si Anugay tu pernah berjanji dengan Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadhil Noor, Bekas Presiden PAS untuk bersama - sama dengan beliau.
Alasan yang diberikan oleh Si Ketua Penipu itu ialah untuk bersama - sama dengan PAS mengukuhkan syiar Islam dikalangan penduduk Malaysia.
Namun, tak sampai dua hari selepas dia membuat janji tersebut, Si Anugay tu mengambil keputusan untuk menyertai UMNO dan memperjuangkan dasarnya.
Ternyata,sejak dari awal lagi, Si Ketua Penipu tu mengamalkan sikap seorang munafik yang sejati iaitu apabila dia berkata - kata maka dia berdusta semata - mata.
Walaubagaimana pun, kemenangan puak - puak Edrogan yang Pro kepada Si ketua penipu itu dilihat sebagai satu langkah buat Anugay menunaikan janjinya kepada Ustaz Fadhil Noor.
Empat kerusi tertinggi dalam PAS, dari jawatan Timbalan sehingga ke jawatan Naib Presidennya kini disangdang oleh puak - puak yang Pro Sekular.
Ianya jelas bertentangan dengan dasar perjuangan asal PAS iaitu menolak fahaman sekular dan menegakkan syiar Islam melalui penubuhan Negara Islam.
Hasrat itu ternyata berkubur tatkala Presiden PAS sendiri mengakui bahawa perjuangan itu tidak berlandaskan Al - Qur'an.
Mampukah PAS menafikan dakwaan ini? Adakah Si Anugay itu masih mahu berdalih mengenai dakwaan bahawa dia pernah membeloti kepercayaan yang diberikan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor?
Kini, Anugay itu sudah berjaya menjajah parti yang memperjuangkan Islam (kononnya) ini melalui pemimpin - pemimpin seperti Mat Sabun, Husam Musang, Mahfuz Bean dan Din Pudu.
Jadi, jangan pelik kalau selepas ini, makin banyak ceramah PAS yang tidak ada diselitkan nas - nasn Al - Qur'an atau hadis kerana yang berceramah itu bukan dari aliran Ulama.
Mereka merupakan aliran Anwarism yang suka main bedal ikut suka hati diorang je. Kerja mereka lepas ni dah tentunya tak de lain melainkan menipu orang je kerjanya. Itu yang dipanggil perjuangan Islam? Kirim Salam je la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.