Rabu, Jun 08, 2011


Hanya itu sahaja yang boleh disebut dan dinyatakan kepada puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang asyik sibuk dengan hal orang lain.

Padahal, parti sendiri pun tak terjaga. Sesama diorang pun masih bertelagah. Tengok je la dengan apa yang berlaku kat Sarawak tu.

Sampai hari ni, masih tak de penyelesaian kepada pertikaian diantara PKR dan DAPigs. Kenapa mereka senyapkan sahaja mengenai perkara tersebut?

Takut malu la tu. Takkan diorang tak nak rakyat tahu mengenai pertelingkahan tersebut dan ianya dijadikan isu yang besar. Maklum la, dah nak dekat Pilihanraya ni.

Kalau tengok dalam PKR sendiri pun masih lagi bercelaru. Sebab itu la diorang asyik buat dakwaan itu dan ini terhadap orang lain.

Semuanya nak menutup kelemahan sendiri je semata - mata. Jadi tak heran la kalau Si Mat Muka Bulan tu tak pasal - pasal je menuduh Tun Dr. Mahathir sebagai Haprak.

Yang hapraknya dia sendiri sebenarnya. Dia yang tak reti buat kerja. Sampai hari ni, aduan dan laporan yang dibuat mengenai pemilihan parti tu tahun lepas masih lagi tak selesai.

Dan krisis yang terbaru, Ibu Pejabat PKR di Tropicana yang bakal dilelong ni. Itu lagi satu bukti betapa Hapraknya Si Mat Muka Bulan tu menguruskan Pentadbiran parti,


Macam mana dia sendiri pun tak tahu yang bangunan tu nak kena lelong? Takkan perkara kecik macam tu pun dia tak tahu?

Kata Bendahari PKR, harga lelong bangunan tu akan dimulakan dari RM460ribu sehingga RM1juta bagi setiap unit.

Sebelum ni, PKR hanya menyewa bangunan lima tingkat itu daripada sebuah Syarikat dengan kadar sewaan diantara RM10ribu hingga RM20ribu sebulan.

Konon, kata William Leong, bangunan itu dilelong adalah disebabkan 'Pemilik'nya tidak membayar ansuran kepada pihak bank. Maka sebab itulah bank mengambil tindakan tersebut.

Jadi, timbul satu persoalan. Siapa pemilik bangunan itu sebenarnya? Adakah 'Pemilik' bangunan itu bukan ahli PKR?

Kalau bagi mereka yang sudah membiasakan diri dalam perlembagaan pertubuhan, tak kira la pertubuhan apa sekali pun, mereka ada 'Pemegang Amanah' yang berasingan. 

Pemegang amanah ini la yang biasanya menjadi 'Penama' dalam mana - mana aset, harta atau pemilikkan kepada pertubuhan tersebut. Termasuklah parti Politik. 

Jadi, adakah 'Pemilik' bangunan itu bukan individu yang memegang amanah kepada parti PKR ni? Mampukah PKR menjawab persoalan yang dikemukakan oleh rakyat ni?

Jangan mereka ingat rakyat ni bodoh dan tak tahu perkara ni. Kelak nanti yang bodohnya diri sendiri. Dah la diri sendiri tu pun dah sedia bodoh. Bertambah bodoh lagi nanti ada la!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping