Fuh!!! lain macam betul Si Wali terompah tu sekarang ni ek. Dia bukan setakat boleh keluarkan fatwa ikut suka hati dia je dah.
Dengar kata, dia sekarang ni dah boleh meramalkan masa depan. Kira dah boleh jadi ahli Nujum la kalau macam tu ek.
Ni semua mungkin berkat dia guna duit rakyat dengan pergi 'melancong' ke Uzbeckistan dengan konco - konco dia la kot. Maka dapat la dia ilmu dalam tilik - menilik ni.
Kata Si Wali Terompah tu, tindakan pihak Polis menahan beberapa orang aktivis Bersih 2.0 baru - baru ni adalah merupakan petanda awal Pra-Kejatuhan UMNO/BN.
Kononnya, kata dia, Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN ni tak mengambil ikhtibar lansung dengan apa yang berlaku di Timur Tengah tu.
Si Wali Terompah tu jugak turut mengakui bahawa berita - berita mengenai penahanan aktivis tersebut dikutip dari laman portal secara 'online'.
Wah!!! Agak menggemparkan jugak bila Si Wali terompah ni tau guna internet. Kira berbaloi la dia guna duit rakyat untuk pergi bercutini ek.
Tapi, kita semua tau. Dah tentu berita - beritatu semua dia kutip dari portal - portal yang Pro kepada Pakatan Pembangkang tu.
Jadi tak heran la kalau Si Wali Terompah tu boleh keluarkan kenyataan seperti itu secara membabi buta tanpa melihat sebab musababnya penahan tersebut dilakukan.
Pihak Polis menahan beberapa orang aktivis tu adalah untuk membantu siasatan berikutan laporan Polis yang dibuat oleh rakyat mengenai perhimpunan yang akan belaku Julai nanti.
Bukan saja - saja je diorang buat penahanan tersebut. Kalau tak de laporan Polis tu, apa kejadah pulak Polis nak tahan orang macam tu. Buat mengabihkan masa diorang je.
Banyak lagi kerja lain yang diorang boleh buat selain daripada mengabihkan masa menahan puak - puak yang hilang akal macam aktivis Bersih 2.0 tu.
Yang Si Wali Terompah tu pun satu hal jugak. Dia pandai sangat nak meramal mengenai masa depan orang lain. Masa depan dia sendiri pun belum tentu lagi.
Dia tak sedar ke dah semakin ramai rakyat Negeri dia yang dah menyampah dengan pemerintahan dia? Kalau tidak tak timbul la Gelombang Merah di Kelantan.
Jangan la dia setakat nampak nyamuk di Uzbeckistan je. Tapi gajah depan Kota Bharu dia buat - buat buat je. Langgar dek gajah tu nanti, Baru Padan Muka Dia!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.