Rabu, Julai 27, 2011



Mungkin artikel yang Semut buat ni agak terlewat sedikit. Bukan apa, banyak lagi urusan dunia nyata yang perlu dihadapi. Bukan setakat duduk mengadap komputer ni je.

Tapi, walaupun demikian, Semut tetap mengikuti perkembangan semasa mengenai isu Politik yang dimainkan oleh pihak Pembangkang.

Terutama sekali dalam isu Wacana Sinar, 'Apa Selepas 9 Julai' yang diadakan pada petang tadi. Turut hadir dalam wacana tersebut ialah Pengerusi Bersih sendiri.

Puak - puak penyokong Bersih yang hadir katanya telah memberikan reaksi kurang matang sewaktu Timbalan Pengerusi SPR memberikan penjelasan.

Tetapi penjelasan kepada persoalan yang dibangkitkan dan diajukan kepada Ambiga juga tidak kurang menyengat sehingga membuatkan Ambiga tergagap menjawabnya.

Diantara soalan yang ditanya adalah mengenai isu pertemuan Ambiga dengan Yang DiPertuan Agong pada 5 Julai yang lalu.

Soalannya mudah, adakah YDP Agong memperkenankan dia untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan dijalan raya? 

Jawapan Ambiga, tidak. YDP Agong tidak memberi perkenan agar perkara itu dilakukan tetapi menasihati agar ianya diadakan di dalam Stadium sahaja.

Kata Ambiga, titah itu turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum ini dan semua orang pun tahu mengenainya.

Apabila ditanya mengenai pemilihan Stadium Merdeka dan kenapa ianya dipilih oleh mereka, ini jawapan yang diberikan oleh Ambiga:

"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik. Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana,"

"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.
Eh!!! Pandai jugak dia main Poo...singh ye? Boleh pulak dia kata tak de masa nak ubah tempat sebab makluman awal dah diberi?

Nampak sangat la menipunya Si Ambiga ni. Kalau niat dia betul nak berhimpun di Stadium Merdeka sekali pun, kenapa dia sendiri kumpulkan orang di KL Sentral?

Kata dia, mereka kesuntukan masa untuk menguruskan sebarang perpindahan lokasi. Maka sebab itu mereka tolak tawaran Stadium Shah Alam.

Pada malam sebelum perhimpunan, boleh pulak puak - puak PAS hantar SMS dan bagitahu nak berkumpul dimana. Tak kesuntukan masa pulak?

Nasib baik Semut tak de kat situ. Kalau Semut tau yang nak tanya soalan ni ialah Tun Faisal, dah tentu Semut sendiri akan hantar set soalan yang perlu ditanya kepada Ambiga ni.

Semut gerenti, dia sendiri pun tak terjawab kalau Semut bangkitkan isu kenapa perlu berhimpun di Dataran Merdeka, KL Sentral, Masjid Negara dan di Jalan Pudu?

Nampak sangat yang diorang memang ada niat nak berhimpun dan mengadakan perarakan sebenarnya. Dah jelas yang Si Ambiga tu sendiri dah derhaka kepada YDP Agong!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping