Jumaat, Julai 08, 2011


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Jurey Latif Rosli menasihati para artis supaya tidak terlibat dengan perhimpunan haram Gabungan Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan Sabtu ini.
Jurey berkata jika ada mana-mana artis yang terlibat dalam perhimpunan itu ia akan menjejaskan reputasi serta boleh menjatuhkan moral dunia hiburan.
"Saya harap tiada artis yang terlibat dengan perhimpunan tersebut kerana ia ternyata merugikan diri dan menyusahkan masyarakat lain.
"Jika mereka nekad untuk sertai Bersih, fikirlah semasak-masaknya apa faedah perhimpunan itu kepada semua," tegasnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Tambah Jurey lagi, kerana perhimpunan tersebut, dia yang juga penerbit dan pengarah drama terbarunya, Maharani, terpaksa membatalkan penggambaran yang sepatutnya diadakan di satu lokasi di Kuala Lumpur.
"Kerana perhimpunan ini, banyak jalan yang telah ditutup termasuklah lokasi penggambaran drama saya.
"Bagaimanapun, saya akan mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk babak lain pula," katanya.
Drama 13 episod lakonan Maimun Khalid, Ako Mustapha dan Zaidi Omar akan disiarkan pada September depan di TV1.
Hah! Kan dah kata. Bukan setakat rakyat biasa je yang 'bengkak' dengan rancangan bodoh Si Ambiga Pandikutti tu. Habis 1Malaysia tolak perhimpunan tersebut.

Macam mana orang tak tolak kalau dah tujuan berhimpun tu tak masuk akal? Dah la tu, menyusahkan orang pulak. Macam Haram!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. bersih tpi kotor?tetapi siapakah yg mengotorkan bersih?

    TERPANAS SAAT INI!!!:
    CONTEST!!PERLUMBAAN MALAM!!
    SHOW BERSAMA BAND INCUBUS!!!

    BalasPadam
  2. itu pasal la kena ada mat sabun brader....heheheh...

    BalasPadam
  3. Bila la perarakan Maulidur Rasul nak meriah macam ni yek..asik2 org kerajaan je yg beratur..berarak penuhkan stadium. Swasta membongkang kat rumah...cemana la kita ni..kalu takde baju melayu ke batik free..tak nak masuk baris...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping