Jumaat, Julai 08, 2011

...Dua Orang Ni Lebih Perlu Di Bersihkan Terlebih Dahulu...
Huh!!! Dalam kita dok tengah kalut cerita pasal isu Bersih ni, ada jugak orang yang bagi pendapat berlainan daripada tajuk sebenar.

Ianya berikutan daripada senarai individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur pada hari Sabtu nanti. Semut ingatkan, Semut sorang je yang rasa kelakar bila dengar larangan tersebut.

Rupanya masih ada ramai lagi yang pelik dengan tindakan yang diambil oleh Si Ambiga Pandikutti ni. Dia beria - ia sangat nak adakan Perhimpunan Bersih tu di Kuala Lumpur.

Soalnya, kenapa dia tetap nak mengadakan perhimpunan tersebut di Ibu Negara? Tak de pulak wakil dari Pakatan Pembangkang atau Bersih itu sendiri tampi memberikan penjelasan.

Sama la macam penjelasan mengenai tuntutan yang diorang buat. Mana ada penjelasan yang diberikan oleh mereka kepada rakyat secara keseluruhannya.

Yang ada hanyalah sesi ceramah menghasut rakyat agar turun beramai - ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut sahaja.

Kalau nak diceritakan mengenai soal penjelasan ni, memang banyak sangat. Tapi tak de satu pun yang dijelaskan oleh mereka. Semut senaraikan dari yang terkini: 

1. Mereka tidak menjelaskan kepada rakyat, kenapa Perhimpunan tersebut perlu diadakan di Kuala Lumpur? 

Jika jawapannya adalah sebab mereka nak serahkan memorandum tuntutan Bersih ke Istana Negara, maka timbul soalan yang kedua ni pulak.

2. Kenapa mereka tak serahkan memorandum tersebut sewaktu mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semalam?

Padahal dah terang - terang mereka berjumpa, berbincang dan dinasihatkan sendiri oleh YDP Agong mengenai perkara ini.

3. Yang mana satu lebih penting bagi mereka? Perhimpunan secara besar - besaran atau tuntutan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tu lagi penting?

Kalau tuntutan tu lagi penting, kenapa dalam sesi - sesi ceramah yang diadakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni tak dibincangkan lansung mengenai soal tuntutan tersebut?

4. Kenapa mereka menolak jemputan untuk mengadakan rundingan secara terbuka oleh SPR sebelum ini sedangkan itulah tujuan asal mereka kononnya?

5. Bila SPR tawarkan untuk mengadakan rundingan, mereka kata pintu rundingan sudah lama ditutup oleh SPR. Bila masa pulak diorang pergi berunding sebelum ini?

6. Sebelum ini, pihak Kerajaan dah tawarkan kepada mereka agar perhimpunan tersebut dijalankan di dalam Stadium, tetapi ditolak. Habis, kenapa sekarang ni diorang pulak yang beria - ia nak buat dalam Stadium?

7. Soalan yang terbaru dan paling memeningkan kepala ialah, kenapa mesti Stadium Negara? Kenapa stadium - stadium lain tak boleh?

Kalau nak diikutkan Negeri Kelantan dan Pulau Pinang lebih memerlukan perhimpunan Bersih ni sebenarnya. Sebab kedua - dua Negeri tu kotor.

Jadi adalah lebih baik diorang buat perhimpunan tu diantara kedua - dua Negeri tersebut. ada jugak faedah membersihkan Negeri tu daripada buat kerja yang jelas mengabiskan masa ni. Bukan apa, nanti takut Nik Aziz marah pulak sebab buat kerja lagho!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping