"Halamak!!! Mana Aku Nak Lari Ni???" |
Ya!!! Kalau dulu, dia boleh lagi pergi ke Australia untuk mendapatkan bantuan dari ahli Parlimen Pembangkang Negara tersebut.
Malah, ada juga spekulasi yang hangat memperkatakan bahawa Si Ketua Penipu itu turut akan melarikan diri dan berselindung di Negara tersebut sebelum ini.
Perkara ini jelas dapat dilihat apabila Si Ketua Penipu itu kerap kali mempergunakan Ahli Parlimen Pembangkang Australia untuk menghentam Negara.
Namun, dengan adanya perkembangan terbaru ni, Si Anugay tu dah tentu akan rasa resah dan gelisah. Mungkin, sebab itulah kita lihat dia sering ke Indonesia.
Dia mungkin akan lari ke Indonesia pulak untuk dapatkan 'Suaka Politik' di Negara Republik itu tak lama lagi memandangkan Australia telah memperbaharui perjanjian dengan Malaysia.
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar 4,000 pelarian dan pemohon suaka ke Australia dalam usaha menangani jenayah merentasi sempadan antara kedua-dua negara.Sebagai timbal balik, Australia akan menyerahkan 800 pelarian sama di negara itu kepada Kerajaan Malaysia.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan, Chris Bowen bersepakat bahawa Malaysia-Australia perlu memulakan usahasama berkesan memerangi model sindiket penyeludupan migran."Ini adalah perjanjian yang pertama dalam dunia yang dibuat Malaysia-Australia"Proses ini akan dimulakan tahun ini juga selepas kita kenal pasti pelarian-pelarian terbabit," katanya pada sidang akbar bersama Bowen di sini, Isnin.Sebelum itu, kedua-dua menteri berkenaan memeterai dokumen pertukaran dua hala mengenai pelarian/pemohon suaka.Malaysia dikenal pasti sebagai antara pusat transit pelarian yang diseludup masuk ke Australia.Hishammuddin berkata, persetujuan itu juga termasuk membanteras jenayah pemerdagangan orang, penyeludupan dadah, keganasan, penggubahan wang haram dan lain-lain jenayah.Katanya, keseluruhan proses penempatan semula pelarian yang berdaftar denganSuruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ini mengambil masa empat tahun dan Australia akan menanggung segala kos.
Ps: Kelakar jugak kalau kita fikirkan. Dia sibuk nak lari ke Indonesia sedangkan rakyat Indonesia ramai yang nak masuk Malaysia untuk cari kerja.
duit dia banyak kat sana kot, tak pun banyak sparepart dapat memberi perkhidmatan baikkkkkkkkk kat sana.
BalasPadam