Tapi tak pe. Semut boleh terima. Lagi pun ini penjelasan dari rakyat, bukan dari orang lain. Jadi tak salah kalau Semut dedahkan perkara ini.
Semalam Semut ada cerita pasal Sister Of Islam ni yang dikaitkan dengan Marina Mahathir sehingga menyebabkan dia menyertai Bersih.
Apa itu Sister In Islam? Nah, ini kisahnya:
SIS itu salah satu pertubuhan yang ditaja barat untuk menyebarkan Islam Liberal di Malaysia.
Malaysian Interfaith Network ( MIN) adalah sebuah badan yang ditubuhkan pada 15 Februari 2003 khusus bertujuan untuk menjayakan agendapluralisme agama di Malaysia.
MIN mempunyai 20 badan gabungan termasuk KAF, Institut Kajian Dasar (IKD), Sister In Islam, MCCBCHS, Council of Churches of Malaysia, Rotary Club, dan lain-lain.
Dalam programnya, MIN mendapat dana daripada “The Pluralisme Project, Havard University” yang ditaja oleh badan Yahudi Amerika Ford Foundation dan Rockefeller Foundation.(www.pluralism.org)Badan pemikir Anwar yang paling utama adalah IKD.
Dari awal penubuhannya, sejak 1984 (dua tahun selepas Anwar sertai UMNO) IKD dipengerusikan oleh Kamaruddin Jaafar, bekas sahabat baiknya dalam ABIM. Anwar pula merupakan Ahli Pemegang Amanah IKD seumur hidup.
Dengan bantuan sebuah yayasan Nasrani Jerman, Konrad Adenuaer Foundation (KAF), IKD menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel berkaitan memartabatkan Islam Madani, dan pengkajian tokoh-tokoh pemikir Islam moderate seperti Jamaluddin Al Afghani, Iqbal dan Ismail Al Faruqi.
Begitu juga IKD turut mengkaji pemikiran tokoh Kristian termasuk Jose Rizal. Pada tahun-tahun 1990-an, IKD menumpukan kepada Projek Amerika yang dinamakan "Projek Dailog Pasifik " melalui kerjasama dengan Asia Pacific Policy Centre (APPC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Beberapa orang tokoh ternama kerajaan Amerika sering berulang alik ke Malaysia untuk mengikuti perkembangan lanjut projek itu, antaranya Wiliam Cohen (Setiausaha Pertahanan Amerika) dan Madeline AlBright (Setiausaha Negara).
Kedua-duanya adalah tokoh Yahudi yang terkenal dalam pemerintahan Presiden Amerika, Bill Clinton.
Mohamad Sabu dalam pentas-pentas ceramah PAS pada tahun 1998, mengelarkan Anwar pelopor "Islam Amerika" kerana kesungguhannya menganjurkan "Projek Dailog Pasifik" dan keterlibatannya secara serius dalam The International Institute of Islamic Thought (IIIT), sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh Anwar dan almarhum Ismail Al Faruqi di Amerika Syarikat.
Selepas Anwar dipecat UMNO 1998, Kamaruddin Jaafar telah meninggalkan IKD dan menyertai PAS. IKD kemudiannya diterajui pula oleh bekas Setiausaha Akhbar Anwar iaitu Khalid Jaafar (bekas aktivis PKPIM).
Walaupun Anwar tidak lagi menjadi TPM, namun badan Nasrani Jerman, KAF masih lagi meneruskan penajaan kepada IKD.
Bermula tahun 2001 hingga sekarang, IKD dan KAF menumpukan kepada "Projek Islam Tanwiri", iaitu satu projek mengagaskan Pluralisme Agama di Malaysia. IKD dan KAF menerbitkan buku-buku Islam yang diharamkan antaranya buku 'Islam Dan Dasar Pemerintahan', diterbitkan semula pada tahun 2004, hasil karya Ali Abdul Raziq yang pernah diharamkan di Mesir. Penulis buku itu Ali Abdul Raziq dilucutkan ijazah oleh Majlis Ulama Mesir dan menfatwa penulis dan bukunya sebagai sesat.
Di dalam buku itu Ali Raziq merumuskan bahawa Al Quran dan Al-Hadith tidak pernah menganjurkan untuk membina sebuah Negara Islam (daulah Islamiah). Mustaqeem Mahmood Radhi, salah seorang panel IKD dan bekas kolumnis Suara Keadilan (Akhbar tabloid Parti Keadilan) pula giat menerbitkan buku-buku pluralisme agama. Antaranya bertajuk 'Islam dan Pluralisme' yang ditulis oleh Mustaqeem sendiri.
Beliau merupakan bekas pelajar lulusan Jordan dan pemilik syarikat Middle Eastern Graduate Center (MEGC). Mustaqeem dan syarikatnya MEGC juga ditaja sepenuhnya oleh KAF. Buku ini turut diharamkan oleh KDN, atas nasihat JAKIM kerana bercanggah dengan Islam.
Tetapi Anwar Ibrahim mengkritik keputusan KDN dan JAKIM mengharamkan buku-buku 'pluralisme' itu dan menuduh agensi itu sebagai bebal serta buta ilmu. Kemudiannya IKD, KAF dan Bar Council telah menaja Interfaith Council (IFC) yang menjadi isu hangat kerana berusaha untuk mengikis kedudukan Islam di Malaysia.
Sesungguhnya IMAN itu tidak dapat diwarisi.
Semut nak tambah sikit je lagi info yang telah disalurkan oleh salah seorang pembaca blog Semut ni semalam.
Dalam jawatankuasa yang membarisi pertubuhan SIS ni, semuanya wanita termasuk la Marina, Terasa Kok dan Ambiga tu sendiri.
Manakala dasar yang diperjuangkan oleh mereka adalah untuk menuntut hak sama rata kepada semua rakyat di dalam Malaysia ini.
Termasuklah hak wanita dimana mereka kata wanita juga harus diberi hak yang sama rata dengan lelaki. Kalau ikutkan Islam, perkara ni tak mungkin boleh berlaku.
Tengok pada pembahagian harta pusaka je dah cukup. Dalam hukum faraid, wanita tak boleh dapat harta pusaka lebih dari lelaki.
Tapi hukum inilah diantara yang ditolak oleh Pertubuhan SIS ni. Begitu juga dengan hak untuk beragama. Mereka nak sama rata.
Kalau orang bukan Islam boleh tukar agama ikut suka hati diorang, maka orang Islam pun perlu diberikan hak yang sama. Adakah Islam membenarkan perkara tersebut?
Korang fikir la sendiri. Ini ke orang yang kita nak sokong memperjuangkan Bersih dan Keadilan? Dimana letaknya maruah Islam kalau macam tu? Lu pikir la sendiri!!!
memang betul tu...
BalasPadam1. IMAN memang tidak boleh diwarisi..
2. Ketokohan dan sifat kenegaraan juga tidak dapat diwarisi..
3. Ini yang PKR,PAS dan DAP hendak diamalkan di MALAYSIA..
kalau ikut puak sana, dia yang kahwin dengan anak samy no value. aku rasa ada kebenarannya kalau perangai dia macam ni.
BalasPadamNo offense, Marina is all right... takde yg salah..
BalasPadam