Selama ni, diorang sibuk pukul canang kata pihak Kerajaan Barisan Nasional banyak menyalah-gunakan kuasa untuk aktiviti Politik.
Kononnya, dakwaan mereka, setiap kali tiba musim Pilihan Raya, seluruh jentera Kerajaan akan digerakkan dan dipergunakan sewenang - wenangnya.
Tapi kalau diorang buat, boleh pulak? Tak salah pulak kalau diorang gunakan duit rakyat untuk menganjurkan program - program Politik?
Inilah sikap 'double-standard' yang menjadi amalan dan makanan harian puak - puak Pakatan ni. Diorang memang cakap tak serupa bikin.
Sebagai contoh, program ceramah Si Anugay dan Mat Sabun di Seberang Jaya baru - baru ni. Katanya program tu program Kerajaan Negeri. Tapi cerita pasal Politik, apa ke jadahnya?
Itu baru satu. Dengar kata diorang akan buat program yang sama jugak di Selangor. Kali ni stadium Shah Alam pulak yang akan menjadi sasaran.
Tapi, macam biasa la. Dah tentu Menteri Besar Badut tu akan menafikan dakwaan tersebut. Kata dia ianya bukan perhimpunan untuk menyokong Si Anugay tu.
Sebaliknya, kata Khalid Gagap, ianya hanya Majlis Pelancaran Program dan Logo 'SelangorKu'. Program tu akan berlansung pada 24 Julai nanti.
Beliau berkata program itu akan dihadiri oleh pemimpin dan wakil parti PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), pemimpin masyarakat serta orang awam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat PAS Selangor yang disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya III negeri, Khalid Abdul Samad agar satu perhimpunan besar-besaran untuk menjelaskan gerakan BERSIH diadakan Stadium Malawati.
Program tu, katanya akan diadakan pada hari yang sama dengan konsert MTV World Stage di I-City, Shah Alam.
Dah boleh buat ceramah besar - besaran macam ni lagi diorang nak berselindung disebalik nama Kerajaan. Lagi diorang nak burukkan orang lain.
Pun lagi diorang tuntut tempoh berkempen dipanjangkan selama 21 hari. Eh, hari - hari kempen pun boleh la. Bukan diorang tak biasa buat.
Lagi pun, dengan puak - puak Pakatan Haramjadah ni, 21 hari mana cukup. Dah bagi 365 hari, kempen je la sampai muntah. Apa nak susah?
Diorang anjurkan program macam ni boleh. Kalau itu bukan dikatakan sebagai taktik untuk berkempen, apa lagi label yang kita boleh bagi?
Kalau itu bukan penyalah-gunaan kuasa yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan, kita nak kata apa lagi? Dah nampak sangat dah temberang diorang ni.
Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke nak percaya cakap diorang? Semuanya bohong belaka. Semuanya penipu. Semuanya cakap tak serupa bikin.
Kutuk orang itu ini, padahal diorang pun buat benda yang sama. Memang sebijik macam ketam. Tapi macam selalu Semut cakap. Ketam tu binatang, diorang pun nak jadi binatang jugak ke??? Ceit!!! Pigidah!!!
Pakatan je ke salah guna kuasa?
BalasPadamPALING SENSASI ABAD INI!!:
LADY GAGA PAKAI.....KONDOM!!
ISU MAKCIK HINA ISLAM!!