Rabu, Julai 20, 2011


Nak kata diorang tak sedar, macam mustahil. Nak kata bodoh, semua belajar tinggi - tinggi. Tapi perangai masing - masing macam budak tak sekolah.

Bukan la niat Semut nak memanjang - manjangkan isu ni. Cuma sekadar meluahkan pandanga  yang diberikan oleh sahabat Semut semalam.

Diorang pelik bila bercerita pasal isu larangan pusat hiburan beroperasi di Kedah ni. Bukan sebab keputusan PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAPigs tu.

Alasan tu diorang semua tau. Rasanya seluruh rakyat Malaysia memang dah sedia maklum dengan kedudukan PAS sebagai Pak Angguk Saja bila dibentak DAPigs.

Tapi, persoalan mereka, kenapa baru sekarang diorang nak melaksanakan enakmen tu? Kenapa selepas 3 tahun memerintah baru Kerajaan PAS Kedah sibuk nak melaksanakannya?

Takkan diorang tak tau tentang kewujudan perkara tersebut sebelum ini? Kalau nak kata diorang tak tau, mustahil sebab diorang jugak yang pegang tampuk pemerintahan.

Itu satu persoalan. Kenapa sewaktu mula - mula enakmen tu digubal dulu, diorang tak de cerita pun pasal perlaksanaannya. 

Kenapa diorang tak desak Kerajaan Negeri waktu tu untuk melaksanakan enakmen tersebut? Mustahil diorang tak tau mengenai perkara tersebut?

Persoalan - persoalan ini yang menjadi spekulasi kepada rakan - rakan Semut malam tadi. Kata diorang, tindakan PAS Kedah ni hanya satu 'Political Stunt' untuk memulihkan imej PAS sahaja.

Sebab, bagi mereka, imej PAS sebagai sebuah parti yang KONONnya memperjuangkan Islam sudah rosak teruk dan tidak mampu diperbaiki lagi.

Mereka beranggapan, PAS sudah tidak segagah seperti dulu. Mereka sudah semakin lemah. Jadi, untuk memulihkan kepercayaan rakyat, terutamanya umat Islam, mereka perlu lakukan sesuatu.

Dengan menimbulkan isu ini, maka rakyat akan melihat mereka tetap berpegang kepada perjuangan Islam sedangkan semua orang dah sedar bahawa ianya hanya satu sandiwara.

Sedar la sikit. Rakyat Malaysia ni bukan la bodoh sangat. Bukan mudah bagi mereka nak percaya perkara yang cuba dilakukan seperti ini. Jadi, tak payah la diorang nak buang masa dengan menipu orang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. hebat PAS kan...SH asyik bercerita pasal PAS dan mengakui KEGAGAHAN PAS masa dahulu..kenapa SH tak pulak bercerita perihal salah laku BN?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping