Halamak ai!!! Lepas ni, kalau puak - puak Bersih tu jadi nak buat perhimpunan yang dikenali sebagai Bersih 3.0, Semut akan turut serta.
Bukan apa. Bila tengok layanan pihak Polis terhadap peserta demonstrasi yang ditahan ni, rasanya semua orang nak kena tahan.
Mesti yang kena tembak dengan gas pemedih mata, yang kena siram dengan 'water canon' dan yang terlanggar tembok masa melarikan diri jadi dengki dengan diorang ni kan?
Meh layan video pertama ni dulu. Tengok macam mana pihak Polis melayan 'tetamu' mereka pada malam hari perhimpunan tersebut:
Korang perasan tak? Dalam video tu ada budak - budak perempuan yang siap tutup muka. Konon, diorang tak nak orang kenal la.
Dah berani sangat nak berdemonstrasi, tutup muka apa kejadahnya. Tu semua takut mak bapak kat kampung tau la tu. Kalau diorang tau, sah balik kampung kena bambu.
Susah - susah orang tua hantar pergi belajar tinggi - tinggi, dia bantai pergi buat demonstrasi. Ni semua tak de kerja, saja cari susah la ni. Meh layan video satu lagi ni pulak:
Hmm...Puas jugak Semut tengok video ni. Mana yang Si Ketua Penipu tu kata tahanan 'diheret, dihumban begitu hina' tu? Tak de nampak pulak.
Bukan setakat dilayan dengan baik. Siap bagi peluang lagi diorang nak terpekik terlolong sewaktu dalam tahanan. Itu pun diorang nak kata Polis kejam lagi ke?
Ini baru sebahagian daripada video - video yang bakal didedahkan oleh pihak Polis. Semut pasti, lebih banyak lagi video seumpama ini yang akan menyusul.
Dan pastinya, video - video tu akan disiarkan buat tatapan semua orang. Jangan puak - puak Pakatan Pembangkang tu terdiam tengok 'Kekejaman' Polis masa tu nanti, sudah la. Diroang jugak yang bodoh. Sapa suruh cari masalah!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.