Wah!!! Nak tergelak juga Semut bila baca tajuk artikel dalam Malaysian Insider ni. Nampak gayanya, Tuan Doktor kita ni nak main 'Reverse Psychology' dengan rakyat.
Bagi Semut, ini semua tindakan terdesak puak - puak Pakatan Pembangkang tu nak mengenepikan kelemahan Ketua penipu tu sendiri.
Diorang dah sedar yang Si Ketua Penipu tu yang sebenarnya menjadi Liabiliti kepada mereka. Jadi, untuk mengalihkan isu, diorang Poo...singh la cerita.
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi “liabiliti paling besar” kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari “talian hayat” dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.
Adakah dia ingat dengan cara ini, rakyat akan terpesona dengan janji - janji kosong yang diberikan oleh Pakatan Pembangkang tu sendiri?
Jika benar Datuk Seri Najib menjadi liabiliti kepada UMNO, kenapa rakyat dapat menerima pendekatan beliau?
Malah Merdeka Center Review mendapati sokongan rakyat kepada Najib melebihi daripada pemimpin - pemimpin lain.
Dan perkara ini tidak dapat dinafikan oleh mereka sendiri. Yang kelakarnya, dia sendiri turut mengakui perkara tersebut:
“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Hehehe... Dah nampak sangat yang Doktor PAS ni sebenarnya dah kering idea nak menangkis serangan dari pihak Barisan Nasional.
Lagi pun, dia baru je dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru. Kalau dia tak tolong jaga Bontot Anugay, kang orang kata dia pun sama je dengan Dr. Hassan Ali.
Ternyata. PAS sekarang sudah berada dalam persimpangan. Nak kutuk Si Ketua Penipu tu, diorang takut. Nak sokong UMNO, lagi diorang tak nak.
Jadi, nak tak nak diorang terpaksa la jadi munafik. Duduk kat tengah - tengah. Dalam masa yang sama, terpaksa jadi Pak Angguk Saja. Itu je la yang diorang mampu buat pun. Bukan tau buat kerja lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.