Rabu, Julai 13, 2011


Semut pelik juga dengan Si Fuziah 'Reaktor' ni. Sejak kebelakangan ni dia kelihatan mula mendiamkan diri. Kenapa agaknya ye?

Sakit ke Ahli Parlimen Kuantan tu? Mana la tau, kot - kot dia join Bersih, dia pun mengalami 'Kecederaan' macam Si Ketua Penipu tu jugak.

Maklum la. Dia kan ahli Parti Kencing Rakyat pimpinan Ketua Penipu. Bukan boleh percaya sangat dengan diorang ni.

Tapi, takkan dia nak diamkan sahaja bila ada orang buat dakwaan kata dia ada kepentingan peribadi dalam kes isu Lynas yang selama ni sibuk sangat diperjuangkan tu?

Dengar kata, ada dikalangan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang tu yang mendapat keuntungan sekiranya kilang Lynas tak jadi dibina dikawasan Gebeng di Kuantan.

Tapi yang peliknya, pendedahan tu bukan dibuat oleh geng - geng yang Pro Kerajaan. Sebaliknya ianya didakwa oleh blogger yang kuat menyokong mereka.

Blogger yang menjual seluar dalam tu kata, 'mereka' terkejut apabila mendapat tahu mengenai perkara tersebut dari kalangan puak - puak Anti Lynas tu sendiri.
"Saya hairan dengan sikap pemimpin terbabit, di depan kita mereka lantang membantah Lynas tetapi dibelakang rupanya mereka juga mendapat projek di dalam syarikat tersebut. Ini munafik namanya!", kata seorang penduduk Balok Makmur yang ditemui pagi tadi. 
"Memang saya tahu perkara ini, tapi saya tidak berani untuk mengesahkannya kerana tidak cukup bukti. Tapi bila saya arahkan beberapa orang sahabat yg bekerja di dalam Lynas menyiasat. Ternyata ia ada kebenarannnya", tambah beliau lagi dengan nada kecewa.
Hai! Lain macam je nada bunyi blogger seluar dalam tu. Nampak macam dia dah kecewa je dengan perjuangan Si Fuziah 'Reaktor' ni.

Dulu, 'mereka' jugak yang mati - matian memaki hamun Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang dengan macam - macam tohmahan.

Kononnya, kata 'mereka', Kerajaan Negeri Pahang ni tak tau tanggungjawab. Sanggup mengadaikan keselamatan rakyat demi keuntungan semata - mata.

Tak kurang jugak 'mereka' kaitkan isu pembinaan kilang tersebut dengan 'Pembesar Negeri' dengan pelbagai tohmahan.

Sekarang ni, 'diorang' pulak mengaku KONONnya diorang ditipu oleh Si Fuziah 'Rekator' tu. Kira macam dah terantuk baru nak terngadah.

Masalah sekarang nasi dah jadi bubur. Korang hadap je la bubur tu. Dulu korang jugak yang julang Si Fuziah tu. Orang cakap tak nak dengar. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekarang, BARU PADAN MUKA!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping