"Isk!!! Apsal Diorang Sibuk Kacau Line Aku Ni???" |
Ya!!! Mungkin Ahli Parlimen Kuantan itu sudah mula terasa yang kedudukan dia di Pahang sudah semakin terancam. Maka terpaksa la dia buat program baru.
Sejak Azmin Ali nak Rampas kuasa ni, maka Si Fuziah 'Reaktor' tu pun apa lagi. Kena la dia cari cara baru untuk menarik perhatian 'Big Bos' dia dengan harapan dia kekal jadi calon nanti.
Nak pulak bila perjuangan dia dalam isu Lynas semakin tidak mendapat sambutan sejak kebelakangan ini. Sebab kebanyakkan rakyat dah mula faham dengan keadaan sebenar.
Jadi nak tak nak, dia kena la buat sesuatu supaya dilihat masih boleh diharapkan lagi di Negeri Pahang ni, terutama sekali di kawasan Parlimen Kuantan.
Semut dengar banyak keluhan dari rakyat Kuantan yang rata - rata tak kenal pun siapa Fuziah ni sebenarnya.
Mereka kata, setiap kali diadakan program kampung, dia tak pernah turun. Kalau ada aduan yang dibuat pun, hanya kepada SEORANG kerani yang ada di Pejabat dia sahaja.
Aduan tu pun hanya dijawab oleh 'Fuziah' melalui surat kepada pihak berkenaan. Contohnya mengenai masalah longkang, 'Fuziah' hanya hantar surat je kepada MPK.
Kena faham. Maksud Semut dengan 'Fuziah' tu ialah SEORANG kerani yang duduk kat Pejabat dia sahaja. Bukan Fuziah pun yang buat kerja tu.
Kalau korang tak percaya bahawa hanya ada SEORANG sahaja kerani kat dalam pejabat tu, korang tengok balik video Karam Singh Walia. Dia kata dia nak naik jumpa wakil Fuziah.
Tapi, kita tunggu punya tunggu, tak de jugak disiarkan apa yang dikatakan oleh 'wakil Fuziah' tu. Bukan apa, nak jugak dengar apa komen dia mengenai isu Lynas tu.
Dan sekarang, pada malam ini juga, Si Fuziah tu katanya dah buat satu program dengan membawa Samad Said untuk bagi ceramah.
Program Si Fuziah tu katanya akan bertembung dengan program yang sama dianjurkan oleh Si Bad Gila Cincin. Maknanya, kehadiran dalam setiap program akan berkurangan.
Ala, macam la kita tak tau. Itu semua taktik diorang je nak mengelakkan dari sebarang spekulasi. Kalau orang tak ramai datang, diorang boleh kata sebab ada program lain.
Semua akal nak menipu belaka. Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat nak percaya cakap diorang agaknya. Lagi pun diorang ni bukan ada kerja lain. Asyik menipu je la kerjanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.