Isnin, Julai 25, 2011

...Tindakan Ini Juga Turut Menyebabkan Krisis Bahasa Melayu...
Berikut dipaparkan antara dua sebab utama berlakunya krisis Bahasa Melayu dikalangan rakyat Malaysia pada masa kini.
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Sikap menganggap bahasa Melayu bahasa yang “belum maju” berbanding bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Inggeris merupakan punca asas ia berhadapan dengan “krisis martabat”, kata tokoh bahasa Datuk Dr Hassan Ahmad.
Beliau yang juga bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, ia merupakan salah satu daripada dua punca utama bahasa Melayu berhadapan dengan situasi “tidak tetap, tidak stabil sehingga kemajuannya tidak menentu, sebentar naik, sebentar turun, akhirnya berlaku semacam krisis martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.”
“Ada dua sebab... pertama, sikap yang salah terhadap bahasa Melayu, sikap menganggap bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang ‘belum maju’ berbanding, misalnya dengan bahasa Inggeris oleh yang demikian bahasa Inggeris hendaklah digunakan sebagai bahasa kemajuan negara ini manakala bahasa Melayu bolehlah terus digunakan dalam urusan biasa pentadbiran kerajaan atau sebagai ‘bahasa perpaduan’,” kata beliau.
Sebab kedua, menurut Hassan ialah pendidikan bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan nampaknya tidak berjaya melahirkan generasi warga Malaysia yang lahir selepas Merdeka yang mempunyai komitmen dan keyakinan yang tinggi untuk terus menggunakan bahasa ini dengan betul, baik dan bermutu tinggi sebagai alat pembangunan negara.
“Setelah lebih 50 tahun bahasa ini diajarkan di sekolah sebagai bahasa yang wajib kita perhatikan rata-rata penggunaan bahasa ini dalam komunikasi awam, dalam sektor-sektor profesional dan dalam sektor swasta tidak sahaja tidak meluas bahkan mutu penggunaannya nampaknya kian buruk.
“Merebaknya fenomena ‘bahasa Melayu rojak’ dalam kalangan pengguna bahasa ini dalam hampir semua sektor dan golongan menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa kebangsaan tidak mencapai kejayaan yang boleh kita banggakan,” kata beliau lagi.
Bagi Semut, dua sebab itu memang menjadi punca utama kenapa Bahasa Melayu dipandang rendah. 

Tapi perlu diingatkan juga. Bukan semua perkara boleh kita gunakan bahasa Melayu ni. Ada juga perkara yang memaksa kita gunakan bahasa Inggeris untuk memahami maksud sebenar.

Terutama sekali dalam bidang Sains. Tetapi, disebabkan nak meninggikan darjat Bahasa Melayu, maka sebab itu berlakunya perubahan bahasa secara tidak lansung.

Sebagai contoh, ekperimentasi yang kata asalnya dari perkataan Inggeris tetapi telah diMelayukan. Cuba bagi perkataan lain yang betul - betul dari kata dasar Melayunya, boleh?

Seperti kata seorang pensyarah Bahasa Melayu yang berbangsa Inggeris yang mengakui bahawa Bahasa Melayu ini mudah untuk dipelajari.

Ini kerana kebanyakkannya diadaptasi daripada beberapa bahasa - bahasa Asing seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa India dan Bahasa Inggeris sendiri.

Walau bagaimana pun, usaha untuk memartabatkan bahasa ni sepatutnya tidak mengenal erti jemu. Jangan jadi macam 'Sasterawan Negara' kita tu. Buku tak dapat jadi bahan rujukan, mula la buat kerja yang bukan - bukan. Dah lari dari perjuangan!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Siapa kata Bahasa Melayu mudah di pelajari? Yang paling buat ia susah, bila kita hapuskan 'e' tanda di atas. Oleh itu,'Perak' ada dua sebutan. Orang luar keliru bila belajar.
    Mungkin kita patut berganding dengan Indonesia untuk memperkuatkan lagi tata-bahasa serumpun. Matlamat kita juga nampak tidak sehaluan dengan tindakan. Sebagai contoh, kita mahu mertabatkan Bahasa Melayu, tetapi di masa yang sama kita buat papan tanda jalan dengan huruf Arab. Sebagai tindakan balas, apabila DAP pegang kuasa, mereka akan buat papan tanda jalan guna tulisan mereka.

    RD

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping