Rabu, Julai 06, 2011

Dia Tau Tidur Je, Memang La Tak Reti Buat Kerja!!!
Ini satu lagi masalah dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Diorang ni pun setakat berani bercakap je. Tapi bila disuruh ambik tindakan, semuanya tak reti.

Dari peringkat ahli, sampai la ke peringkat kepimpinan tertinggi. Semuanya hanya pandai bercakap sahaja. Bila suruh buat, masing - masing tak reti.

Petang semalam, Presiden PAS mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu akan menjunjung tinggi titah Yang DiPertuan Agung mengenai perhimpunan Bersih 2.0.

Kata dia, PAS merasa berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda sebagai pelindung keluhuran dan kedaulatan Negara.
"Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan." - Haji Hadi Awang
Itu kata Haji Hadi. Nampak macam nak perli pemimpin - pemimpin Pakatan yang lain je? Ye la, mana tidaknya. Selama hari ni dia diam je pasal isu perhimpunan ni.

Orang lain tu sibuk dok pergi ke hulu ke hilir menghasut rakyat agar turun berhimpun beramai - ramai. Jadi, adakah kenyataan Haji Hadi diatas ditujukan kepada mereka?

Kenapa sebelum ni dia sendiri tak keluarkan kenyataan sedemikian dan mencadangkan agar penganjur Bersih 2.0 mengadakan rundingan tanpa mengikut perasaan?

Adakah dia terlalu bengap sehingga tidak dapat memikirkan mengenai perkara ini pada ketika itu? Atau dia hanya sekadar mahu menyindir Si Ambiga Pandikutti itu sahaja?

Jika benar PAS merasa berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian YDP Agong, mereka sepatutnya mengambil tindakan terhadap perkara ini:


Semut cabar PAS. Jika mereka benar - benar menjunjung titah Baginda Tuanku, maka ambik tindakan yang sewajarnya. Buat laporan Polis terhadap kebiadapan AMK Rombau ini.

Jangan setakat bercakap je tapi tak de tindakan yang diambil. Takkan mereka nak ikut perumpamaan, bunga yang diberi, tahi yang dibalas?

Hadi Awang perlu buktikan keikhlasan dalam kata - kata dia dengan mengambil tindakan tersebut. Jangan nak menipu rakyat je kerjanya!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping