Halamak ai!!! Semut kadang - kadang rasa kesian jugak dengan puak - puak Pembangkang di Negeri Pahang ni. Diorang ni dah tak tau nak buat apa.
Bak kata Dato Ahmad Maslan, Pembangkang yang ada di Negeri Pahang ni bankrap belaka. Bukan bankrap duit, tapi bankrap idea.
Apa yang diorang sering pertikaikan ialah mengenai 'Non-Issue' je sebenarnya. Hanya setakat mempersoalkan benda yang diorang sendiri pun tak tau.
Hari tu cerita pasal defisit dalam perbelanjaan Kerajaan Negeri. Bila dijelaskan, diorang tak faham jugak. Kali ini timbul pulak isu lain.
Semalam, dalam Sinar Harian ada keluar isu mengenai hasil balak di Negeri Pahang. Kata diorang, hasil balak ni dah semakin berkurangan.
Ianya kurang daripada jumlah kutipan yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri. Diorang KONONnya nak kata ada pihak tertentu dah songlap duit la. Itu je sebenarnya.
Benda mudah macam tu pun diorang tak boleh nak faham ke? Diorang tak sedar ke Kerajaan Negeri dah banyak bagi subsidi itu ini kepada rakyat?
Diorang tak nampak ke benda - benda lain yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk kegunaan diorang sendiri?
Sebagai contoh, Kerajaan Negeri tanggung 40% bil air disetiap rumah yang ada di Negeri Pahang ni dan ianya dibayar kepada JBA. Mana datang duit nak bayar bil air ni?
Itu belum cerita pasal bantuan biasiswa sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA, dan juga bantuan - bantuan lain dalam pendidikan.
Belum campur Geran Bantuan bagi setiap pelajar yang dapat menyambung pelajaran di Universiti lagi. Duit mana Kerajaan Negeri dapat nak bagi semua tu?
Mudahnya macam ni la. Katakan, gaji seorang pekerja sebulan adalah sebanyak RM3000. Tolak duit bayar bil - bil, duit minyak, duit dapur, belanja anak sekolah, tinggal la gaji dia sebanyak RM1500.
Adakah hasil kutipan atau gaji dia sebanyak RM3000 tu semakin menyusut? Dah tentu la menyusut sebab ianya telah dibelanjakan.
Maka sama la dengan hasil kutipan balak di Negeri Pahang ni semakin menyusut sebab ianya digunakan untuk membiayai perbelanjaan Negeri. Takkan benda semudah itu pun diorang tak tau!!!
Ps: Itu pun tahan la duit tu digunakan untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Takde la macam Negeri lain yang dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang tu.
Sampaikan peruntukan untuk membersihkan tandas pun tak dapat nak bagi. Hasil balaknya berjuta tapi duitnya entah ke mana. Nak perjuangankan Negara Kebajikan menda kejadahnya kalau macam tu???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.