Ya!!! Akhirnya kehilangan Bayi Sihat ini telah berjaya ditemui oleh Blogger Media Permatang Pauh atau MPP ketika dia sedang berjalan - jalan.
Puas satu dunia orang cari Si Bayi Sihat yang suka kencing dalam seluar ni. Rupanya dia sedap tengah menyorok dalam Malaysiakini.
Patut la masa perhimpunan Bersih 2.0 hari tu dia tak 'join' sekali. Rupanya, makcik tukang Bersih Pejabat PKR terkunci dia kat dalam bilik stor.
Keluar - keluar je, Si Bayi Sihat ni terus meracau - racau macam orang gila. Meh tengok apa yang dia nak kata:
Perkara pertama yang timbul dalam kepala Semut ialah, jelas Si Sam Ketot ni bukan jenis orang yang nak menyelesaikan masalah.
Dia lebih suka mencari masalah. Maka sebab itu la dia nak bidas balik apa yang ditulis didalam buku penjelasan SPR tu. Dia bukan nak berbincang, tapi nak ajak berdebat.
Ceh!!! Ada hati nak ajak orang berdebat konon. Hari tu, bila orang cabar dia berdebat dengan KJ, kenapa dia tolak? Kenapa dia suruh orang lain pulak?
Perkara yang kedua, ialah mengenai cadangan dia kepada SPR supaya jangan cakap seperti orang politik.
Maknanya, dia mengiyakan bahawa semua orang politik ni bila bercakap semua tak boleh dipercayai. Semuany retorik belaka.
Dan yang terakhir, dia membuktikan bahawa diri dia tak bijak dan tak berani dalam mengambil satu - satu tindakan.
Mungkin dia lupa, bahawa dalam Islam, perkara pertama yang dianjurkan bagi menyelesaikan masalah adalah melalui perbincangan.
Jangan cakap la yang perbincangan ni dah tutup dan sebagainya. Kalau pintu perbincangan dah tutup, kenapa Ambiga keluarkan kenyataan bahawa mereka masih sanggup untuk berbincang?
Nampak sangat la diorang cuba memutar belitkan isu - isu mengenai perhimpunan Bersih tu dengan mengada - adakan alasan bodoh seperti ini.
Sudah - sudah la menipu rakyat. Jangan ingat rakyat bodoh nak terima apa sahaja yang diorang cakap. Rakyat pun tau la, diorang ni bukak mulut je menipu. Bukan ada kerja lain pun!!!
SPR milik UMNO
BalasPadamSENSASI LAGI BERAPI!!:
10 UNIVERSITI TERMAHAL DUNIA!!
SENI MAKANAN UNIK!!