Meh kita kasi 'Salute' pada Ketua Polis Negara ni. Tindakan dia kali ni memang wajar dilakukan dan diberi penghormatan.
Baru petang tadi Semut berborak dengan sahabat - sahabat Semut yang kebanyakkannya tak puas hati dengan laporan media asing mengenai perhimpunan Bersih.
Kata diorang, laporan media asing tu hanya menunjukkan aksi disebelah pihak sahaja. Hanya sebahagian sahaja yang ditunjukkan.
Ada juga klip video yang dia ambik bila tiba 'part' Polis ambik tindakan. Padahal kejadian sebelum tu panjang lagi.
Macam yang didedahkan oleh blog MIM hari ni dimana laporan dalam Malaysiakini sengaja mendedahkan bahawa Polis bertindak ganas.
Padahal, pihak Polis hanya nak meleraikan pergaduhan yang sedang berlaku pada ketika itu. Tengok video tu kat sini nanti.
Tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian rupa yang dikesali oleh sahabat - sahabat Semut petang tadi.
Tanya sahabat Semut, takkan Polis tak de ambik video yang memaparkan aksi disebelah mereka pulak? Bagaimana keadaannya dipihak mereka.
Maka, hari ini, IGP mengesahkan bahawa video berkenaan akan disiarkan kepada media dalam minggu ni jugak apabila siasatan telah dibuat.
KUALA LUMPUR: Polis dijangka mendedahkan bukti video dan gambar berhubung perhimpunan haram di ibu negara 9 Julai lalu kepada media pada minggu ini.Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata bahan bukti tersebut akan dipertontonkan kepada media di Dewan Theatrette di Bukit Aman.Katanya, polis memerlukan masa untuk selesai melakukan penilaian dan penelitian oleh enam jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap polis ketika perhimpunan itu.Kita perlukan masa. Kita perlu tahu jumlah sebenar orang ramai yang hadir semasa perhimpunan itu. Kami juga terpaksa temu bual anggota kami sendiri dan memanggil orang awam bagi mendapatkan fakta," katanya di Bukit Aman di sini, hari ini.Beliau meminta semua pihak tidak mudah membuat kesimpulan termasuk menimbulkan persepsi negatif terhadap polis yang akan mengeruhkan keadaan, memandangkan siasatan masih berjalan.Semalam, polis meminta kerjasama orang ramai menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan haram itu untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.Ismail berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu akan meneliti dan menyiasat kesemua bukti sama ada daripada polis sendiri mahupun daripada Internet bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian tersebut."Akhir-akhir ini, melalui pemerhatian saya (ke atas gambar dan video di Internet), saya dapati ada yang tidak tepat. Oleh itu, saya minta orang ramai bantu kami dengan serahkan bukti untuk membantu siasatan."Fakta ini penting supaya kita dapat kaji segala bukti yang ada dan dapat gambaran jelas," katanya.Ketika menjelaskan mengenai jawatankuasa khas itu, Ismail berkata, ia terdiri daripada pegawai yang berwibawa dan berpengalaman dan jawatankuasa itu ditubuhkan minggu lalu yang bekerja 24 jam sehari bagi menyelesaikan siasatan.
Tahniah kepada pihak Polis yang sentiasa bersiap sedia menghadapi keadaan yang getir demi menjaga keamanan Negara Malaysia ni.
Pengorbanan mereka akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat. Berbaloi menjaga keamanan Negara ni sebenarnya. Bukan macam puak - puak Pembangkang tu. Yang diorang tau, menjahanamkan Negara je kerjanya. Macam Sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.