Fuh!!! Memang dahsyat sungguh penangan Bersih 2.0 ni ye. Habis semua kubu - kubu puak - puak Pakatan Pembangkang tu digempur satu persatu.
Mula - mula kita dengar Ibupejabat PKR digempur oleh sekumpulan pasukan Pemuda yang berdiri dengan 'Ganas' di depan pejabat tu.
Bukan sekali, dua kali Ibupejabat Parti Kencing Rakyat tu digempur oleh pasukan Pemuda ni. Tapi, malangnya, takde pun pemimpin mereka yang hadir mempertahankannya.
Pejabat PKR Negeri juga turut digempur satu persatu diseluruh Negara sejak semalam. Semut sempat buat liputan di Kuantan je semalam. Itu pun melalui kiriman email.
Hari yang sama, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang jugak turut menjadi sasaran kumpulan - kumpulan Pemuda ni. Liputannya dibuat oleh blogger - blogger otai kat sana.
Pun katanya turut menimbulkan kekecohan apabila laman portal Malaysia kini buat laporan yang salah. Ala, semua orang tau. Malaysiakini tu pun bukan betul sangat.
Diorang pun setakatkutip maklumat dari orang lain. Lepas tu dia buat laporan yang entah apa - apa. Kalau tidak,tak de la orang nak saman diorang sampai berjuta - juta.
Tapi jangan salah faham pulak. Semua serangan 'Ganas' tu dibuat adalah untuk menyatakan bantahan terhadap Perhimpunan Bersih yang dijadualkan berlansung Julai nanti.
Bukan ada niat nak merosakkan bangunan atau sebagainya. Hanya protes yang hendak disuarakan oleh rakyat je terhadap perhimpunan bodoh tu.
Pejabat PKR sudah. Pejabat DAPigs sudah. Hari ni tiba giliran PAS la pulak ye tak. Kubu PAS juga turut menjadi sasaran bantahan terhadap perhimpunan Bersih 2.0 tu.
Tapi bukan Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai sasaran. Sebaliknya Kubu Kuat mereka di Kelantan sendiri.
Hari ini, dengar kata, Datuk Seri Najib sendiri yang turun ke Negeri Cik Siti Wan Kembang tu untuk berjumpa dengan rakyat. Bukan la nak buat bantahan terhadap Bersih 2.0.
Sesi lawatan beramah mesra dengan rakyat ni memang menjadi agenda Perdana Menteri sepanjang tahun ini.
Maka ribuan rakyat Kelantan yang turun berhimpun bagi mendengar amanat dan menatap muka pemimpin Negara itu. Jumlah kehadirannya mencecah 10ribu orang katanya.
Menteri Besar sibuk melancong ke luar Negara dengan menggunakan duit rakyat. Perdana Menteri pulak sibuk turun padang berjumpa dengan rakyat.
Agak - agak korang, mana yang lagi baik dilakukan oleh kedua - dua pemimpin tu ye? Korang fikir la sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.