Selasa, Julai 19, 2011


Semalam, Semut buat posting mengenai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil ni terima Dana Asing. Tapi ada komen kata Semut tak tahu cerita mengenainya.

Tak semestinya kalau kita tulis, kita tak tahu cerita sebenar. Nah, disini Semut kongsikan lagi bukti dan fakta mengenai isu tersebut.
“Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreevenasan sendiri mengaku kepada media bahawa pergerakan tersebut menerima pembiayaan daripada dua buah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat.
Kedua-dua organisasi berkenaan, iaitu National Democratic Institute (yang dibiayai National Endowment for Democracy, Amerika Syarikat) dan Open Society Institute yang dimiliki George Soros, telah menyalurkan sejumlah wang yang tidak diketahui jumlahnya kepada BERSIH. 
“Badan-badan pemikir dan kumpulan-kumpulan perisikan Amerika itu kesemuanya berpangkalan di Amerika Syarikat, dan sentiasa dikaitkan dengan agenda Amerika dalam usaha mempengaruhi Dasar Luar Amerika Syarikat.
Badan-badan tersebut juga bergerak mempengaruhi pandangan dunia terhadap beberapa orang pemimpin negara lain.
“Gerakan mempengaruhi tanggapan ini dilakukan secara aktif melalui kaedah membiayai pergerakan-pergerakan pembangkang menerusi kebangkitan revolusi warna, yang seterusnya akan membawa kepada pelantikan pemimpin-pemimpin yang bersedia bersekutu dan mempunyai tanggapan positif terhadap establishmen Anglo-Amerika dan petualang-petualang korporat antarabangsa”, katanya.
Menurutnya rekod penglibatan Soros di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1990-an lagi, ketika Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ketika itu, Soros berperanan meranapkan ekonomi Malaysia dalam krisis ekonomi 1997, dengan harapan Dr Mahathir berundur dari jawatan PM dan Anwar Ibrahim merangkap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan segera mengisi jawatan nombor satu di Malaysia.
Hah! Amacam? Sapa boleh jawab mengenai isu ni? Yang Semut peliknya, kenapa puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak mampu nak jelaskan mengenai perkara ini.

Kenapa diorang tak nak jelaskannya? Kenapa diorang senyap je mengenai isu ni? Adakah diorang nak rakyat terus dibutakan dari kebenaran?

Nak Pilihan Raya Bersih dan Adil konon. Ingat rakyat tak tau ke yang itu semua wayang diorang? Diorang kenyang dapat duit asing, yang berhimpun tu dapat apa?

Sudah - sudah la menipu rakyat dengan cerita - cerita yang bukan - bukan. Jelaskan dulu mengenai perkara ni, baru boleh diorang nak cerita pasal bab lain. Jangan la asyik nak menipu rakyat je kerjanya!!!

Ps: Pendedahan seterusnya, sila klik disini.

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping