Selasa, Julai 19, 2011


Ini lagi satu berita gempar dan menarik untuk dibaca. Sekarang Semut nak tengok, apa alasan yang mampu diberikan oleh puak - puak Parti Angguk Saja ni.

Ini kisah Si Wali Terompah tu la, yang dok merampas tanah orang Asal di Kelantan. Konon kata dia, Kerajaan mana ada rampas tanah orang. Baca cerita ni dulu:


“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”
“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah  yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.
Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina  yang kebetulan berada di tapak itu.
Tauke cina yang ditemui oleh agen Johnson enggan memberitahu namanya, tetapi memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat adalah untuk 1,000 ekar tanah. Bagaimanapun setelah wang persabahatan dan wang derma ditunaikan, pihak Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan perjanjian dan hanya mampu memberi 600 ekar tanah. Baki 400 ekar menjadi masalah apabila tanah tersebut telah diterokai oleh penduduk tempatan.
Apabila berurusan dengan wakil dari PAS Kelantan, anda perlu faham istilah-istilah seperti ‘menjual’, ‘persahabatan’ dan ‘derma’. Maksudnya seringkali berbeza dengan maksud sebenar di dalam kamus bahasa Malaysia.
Begitu juga dengan kalimah ‘penerokaan haram’. Seperti yang masih diingat oleh Tok Da Hussin dari Felda Ciku, perkataan penerokaan haram tidak wujud menurut Nik Aziz kerana, “… bumi ini milik Allah…” kata Nik Aziz.
Dia kata, tanah yang diambil tu semua tanah Kerajaan yang diteroka secara haram oleh masyarakat orang asal.

Bukan ke dulu dia pernah keluarkan 'fatwa' dengan mengatakan bahawa tanah ni milik Allah? Jadi sekarang ni ada yang milik Kerajaan pulak ke?

Dulu, dia jugak yang kata, air dan tanah ni milik Allah. Jadi semua orang ada hak ke atasnya. Tapi sampai sekarang, kenapa dia tak bagi air percuma di Kelantan?

Jika air tu milik Allah, kenapa dia nak suruh rakyat Kelantan bayar? Kalau tanah tu milik Allah, kenapa rakyat kena bayar cukai?

Dah nampak sangat sifat munafiknya Si Wali Terompah ni. Dah tua - tua pun nak buat hal lagi. Baik dia duduk kat rumah je. Berehat. Jangan sibuk gilakan kuasa dan sebagainya!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping