Jumaat, Julai 29, 2011


Dah lain dah yang boleh kita katakan mengenai Si Mat Sabun ni. Dia memang seorang kaki penipu dan juga seorang penakut. Sebab tu la lutut dia buruk.

Masuk kali ni, dah tiga kali dia menipu. Hari tu dia kata dia kena langgar dengan Land Rover Polis. Tapi bila Polis buat pendedahan, dia tukar pulak kenyataan.

Kata dia, dia tak pernah cakap pun pasal Land Rover. Yang dimaksudkan ialah kereta Waja yang ada tulisan Polis. 

Dia keluarkan kenyataan tu selepas pihak Polis menayangkan video CCTV yang menunjukkan dengan jelas bahawa Land Rover tu tak langgar pun dia.

Cuba kalau dia tak tengok video tu? Dah tentu dia sendiri pun tak tahu bahawa adanya kereta Waja Polis tu dibelakang Land Rover tersebut.

Maka, dia pun keluarkan cabaran untuk mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap pihak Polis kerana menabur fitnah KONONnya.

Kata dia, Polis saja nak buat cerita yang dia menipu sebelum ini. Tak menipu menda kejadahnya. Dah memang dia menipu, nak kata apa lagi?

Tapi, sampai hari ni, dia masih tak ambik tindakan saman terhadap pihak Polis walaupun pihak PDRM dah menyediakan 'Karpet Merah' untuk dia.

Dengar kata, peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin dah hantar notis kepada pihak Polis. Baca berita ni dulu:

Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar."Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

Menurut Mohamad, beliau sememangnya dilanggar oleh pihak polis dan mengalami kecederaan pada bahagian lututnya sehingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan di hospital pakar di Petaling Jaya pada 17 Julai lalu.
Ceh!!! Setakat hantar notis je? Kata nak saman. Kenapa dia tak saman je Polis tu? Takut ke? Nampak sangat la Si Mat Sabun ni memang kuat menipu. 

Habis semua orang nak ditipunya. Apa, dia ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat ke macam dia? Semut cabar dia, ambik tindakan. Saman je Polis ni kalau dia berani. Kalau dia takut, baik tak payah jadi pemimpin!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping