Rabu, Julai 27, 2011


Ish!!! Apa nak jadi dengan Si Anak Kecil kepada Anugay ni ye? Kerja dia asyik nak marah je. Tak de kerja lain. 

Tapi nak buat macam mana lagi ye tak? Nak suruh dia jaga rakyat dikawasan dia, dia tak pandai. Nak suruh dia buat kerja, dia tak reti. Jadi marah je la kerja dia.

Walaubagaimana pun, masih ada jugak orang di Lembah Pantai yang kesian dengan Si Nurul Izzah ni. Nama pun Anak Jati Lembah Pantai. Memang patut pun dia rasa kesian.

Habis, apa kena mengenanya Si Nurul Izzah ni dengan Bill Clinton yang membuatkan dia marah sangat kat Bekas Presiden Amerika tu? Ini kisahnya:
Siapa tidak kenal dengan nama Bill Clinton, seorang bekas Presiden Amerika Syarikat yang pernah masyhur namannya kerana terlibat dengan skandal seks oral dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinski. Memang parah. Setelah skandalnya diterjah, beliau “jatuh” dari kerusi Presiden sebuah negara besar dan paling maju di dunia. Jatuhnya tak bangun-bangun hingga sekarang.

Meskipun karier beliau cuba disambung oleh isterinya, Hillary Clinton, namun usaha tersebut tidak juga membuahkan hasil. Hillary tewas di tangan Barrack Obama pada pemilihan yang bakal Presiden negara “uncle sam” itu. Meskipun Obama berkulit hitam, namun atas dasar moral yang tercalar akibat skandal seks suami Hillary, Obama “terpaksa” dipilih rakyat Amerika.

Begitulah dasar moral yang ada pada masyarakat barat. Mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal zina atau seks, pasti ditolak rakyat. Malah, di dalam buku Worlds’ Greatest Political Scandals yang ditulis oleh sarjana barat turut menegaskan bahawa mana-mana ahli politik yang terlibat dengan skandal politik tidak layak untuk dipilih sebagai pemimpin, ketua mahupun presiden. Itu di barat dan prinsip moralnya.
Tapi memang itu hakikatnya. Kalau nak difikirkan, malu jugak kita dengan sikap dan prinsip yang dibuat oleh Negara - Negara Barat ni.

Bayangkan, diorang bukan Islam pun. Tapi rasa malu pada diri sendiri tu masih kuat. Masih menebal dalam jiwa mereka. Yang kita Islam di Malaysia ni, macam tak de rasa malu pulak.

Hari tu, Si Nurul Izzah ni sesak suruh Kerajaan Malaysia ikut cara Kerajaan Turki memerintah. Tapi bila kena ke Papa dia sendiri, kenapa dia tak nak ikut pulak?

Kalau tengok pemimpin Pembangkang Turki, bila ada je kes mahkamah, dengan rela hati diorang letak jawatan untuk menumpukan perhatian kepada kes tersebut.

Di Malaysia ni, diorang bebas nak buat apa saja yang diorang suka. Tak de tindakan pun yang diambil. Tak tau malu pulak tu. Tak nak jugak letak jawatan.

Kalau betul nak ikut cara Turki mengadakan, boleh. Tapi kena la ikut semua. Sebagai contoh, waktu Pilihan Raya. Sepanjang tempoh berkempen, diorang berkempen.

Habis je sesi berkempen dan keputusan dah dicapai, Kerajaan buat kerja dia. Yang pihak Pembangkang dah tak boleh nak cakap apa - apa.

Jangan kata nak adakan demonstrasi jalanan, nak buat ceramah pasal Politik pun tak boleh. Kalau nak pertikaikan Kerajaan, semua diorang buat dalam Parlimen.

Tak la macam puak - puak Pembangkang yang ada dalam Malaysia ni. Hari - hari diorang berkempen. Tiap - tiap malam kerjanya asyik membalun Kerajaan. Macam dah tak de kerja lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping