Ini sekadar pandangan dan pendapat yang Semut dapat kumpul daripada apa yang berlaku selepas diadakan Wacana Sinar di Krangkraf semalam.
Pihak penyokong Bersih bangga dengan mendabik dada mengatakan bahawa pihak mereka 'menang' dalam Wacana semalam.
Macam mana pulak ada pihak yang boleh kata dia menang, sedangkan Wacana itu adalah perbincangan secara ilmiah? Adakah mereka hanya setakat bangga kerana menang bersorak?
Itu persoalan yang pertama. Yang kedunya, Wacana itu membuktikan bahawa dakwaan mereka selama ini adalah tidak benar belaka.
Sebelum ini, mereka menuduh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya sering kali mengelak untuk mengadakan rundingan dan perjumpaan.
Namun, selepas apayang berlaku semalam, ternyata SPR terbuka untuk dikritik dan dipersoalkan oleh mereka yang hadir.
Dah nampak sangat yang puak - puak Bersih tu menipu. Maka timbul persoalan, kenapa mereka memilih untuk mengadakan perhimpunan dan menolak untuk berbincang sudah terjawab.
Hakikatnya mereka memang tak nak berbincang.Sebaliknya, mereka hanya nak berhimpun dan menimbulkan huru hara sahaja.
Maka sebab itulah, ketika SPR membuka pintu rundingan, diorang tolak mentah - mentah dan menyatakan bahawa masa untuk berunding sudah tamat.
Dah jelas bahawa diorang ni memang jenis orang yang tak bertamadun. Nak pulak puak - puak PAS yang KONONnya memperjuangkan Islam tu.
Soalan Semut sebelum ini mudah. Kenapa tak ikut saranan Rasulullah agar diadakan musyawarah terlebih dahulu? Bukankah cara itu lebih baik?
Yang ketiga, Ambiga sendiri akui bahawa YDP Agong tidak membenarkan mereka mengadakan perhimpunan dan tidak disebut lansung mengenai Stadium Merdeka.
Jika tidak dibenarkan mengadakan sebarang perhimpunan, apa tengkoraknya diorang berkumpul di tempat lain? Kenapa tak suruh peserta terus ke Stadium Merdeka?
Kenapa suruh diorang berkumpul di Masjid Negara, Dataran Merdeka, Jalan Pudu dan KL Sentral melainkan diorang memang ada niat nak berhimpun.
Yang keempat, puak - puak penyokong Bersih tu terpaksa berdiam diri apabila Ambiga menyatakan bahawa isu Stadium Merdeka tidak pernah timbul.
Adalah tidak munasabah lansung bila Ambiga bagi alasan mengatakan diorang tak cukup masa untuk memberi arahan kepada peserta mengenai perubahan lokasi berhimpun.
Kita bukan hidup dalam tahun 1980an atau 1990an. Kita dah hidup dalam dunia tanpa sempadan. Macam - macam kaedah diorang boleh gunakan untu bagi makluman.
Tapi kalau dah dasar akal tu pendek, memang la semua benda tak boleh. Orang suruh berfikir dengan kepala otak, bukan dengan kepala lutut!!!
Tak cukup masa ak bagitau ye. Kalau bab hantar sms dan emel fitnah lajuuu je boleh tersebar.
BalasPadam