Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sedia jadi orang tengah untuk menyelesaikan perbalahan terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengumpamakan dirinya sebagai ‘hidung tak mancung, pipi pula tersorong-sorong’ untuk menawarkan diri bagi tujuan itu, Harussani menyatakan perbalahan berterusan kedua-dua tokoh pemimpin pasti memberi kesan yang sangat negatif terhadap negara, bangsa dan umat Islam serta masyarakat keseluruhannya.
"Sebab itu, tak boleh dibiarkan berlarutan. Saya sedia jadi orang tengah sekiranya diperlukan," jelasnya.
Katanya, biarpun bertelingkah, peraturan dalam menangani perbezaan pandangan masih perlu dipatuhi. Apa yang paling membimbangkan, kata Harussani ialah perpecahan yang semakin teruk dalam kalangan umat Islam.
"Mereka perlu bersemuka dan berunding. Sekarang apa yang kita lihat (selagi masalah ini tidak diselesaikan) ialah orang ramai, rakyat turut sama terlibat. Mereka jadi mangsa, berpecah belah,” katanya pada majlis sumbangan zakat dan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan asnaf dan fakir miskin oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng, semalam.
Turut hadir Pengerusi Epic Valley Holding Berhad, Tan Sri Fng Ah Seng dan Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Meor Ridwan Mahayuddin.
Harussani turut membidas mereka yang terpengaruh dengan media barat hingga menyebarkan berita fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung kemelut 1MDB ketika ini.
Menurutnya, perbuatan tuduh-menuduh adalah satu perbuatan salah dan mesti dijauhkan kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
“Sekiranya ada berlaku kesilapan oleh individu tertuduh sekalipun, ianya perlu ditegur berlandaskan syariat Islam dan bukannya menyebarkan maklumat palsu yang mungkin akan menjejaskan maruah tertuduh.
“Bagi saya, punca maklumat palsu dan berbaur fitnah tersebar cepat dalam kalangan kita adalah disebabkan sifat kebinatangan dan kesyaitanan yang ada dalam diri manusia yang mana sifat-sifat seperti takbur, was-was dan suka memfitnah timbul meskipun syaitan diikat pada bulan Ramadan,” katanya.
PS: Dah lama dah kita bagi cadangan supaya kedua - dua pihak ni berjumpa. Tapi disebabkan masing - masing lebih mementingkan ego sendiri dari kepentingan rakyat, memang susah la jawabnya!!!
Pendamaian jenis apa yang Tuan Mufti fikirkan? Adakah bermaksud sehingga Dr Mahathir tutup mulutnya dan Najib terus menjadi PM?
BalasPadamApakah Tuan Mufti sudah sesat dalam permasalahan 1MDB sekarang ini?
Tuan Mufti tak perlu menjadi orang tengah cuma suruh Najib bercuti sahaja buat sementara waktu untuk beri laluan kepada Pasukan Petugas Khas menjalankan kerja mereka tanpa diganggu oleh pihak atasan setidak-tidaknya ia menghilangkan perasaan curiga oleh rakyat tentang ketelusan badan petugas tersebut. Untuk pengetahuan Tuan Mufti, ini bukan pergaduhan antara Dr Mahathir dan Najib. Ini masalah 1MDB yang banyak hutang sehingga menjejaskan kesejahteraan rakyat Malaysia. Najib perlu buktikan 1MDB bersih dan laporan WSJ itu salah. Itu saja.
Hormat sikit la pada Mufti. Itu pandangan dia. Kamu dgn pandangan kamu yg ada sifat dengki dan busuk hati. WSJ dah banyak mrnjahanam dunia. Iraq dgn hebahan senjata pemusnah nya yg dunia barat percaya dgn WSJ. Akhirnya musnah Iraq. Apa jua tindakan WSJ adalah untuk kepentingan mereka.
PadamTak payah lah jadi orang tengah . Buang masa jer . Dr Mahathir memang macam tu sejak dulu lagi . Dia tu memang suka kritik org lain seolah olah dia tu macam malaikat .
BalasPadamTun M nakjumpa dulu dlm cadangan forum N2H... DS Najib tak datang pulak..
BalasPadamBukan pergaduhan/pertelingkahan utk berdamai... hanya jawapan yang terang dan jelas di perlukan...
Kalau dengan Mahathir, wasting time je
BalasPadamAnak Hussain Najadi, Kit Siang ... terencat akal tak boleh fikir Lojiklah sikit ...
BalasPadamCERITA SEBENAR HUSSAIN NAJARDI
1) Pengasas Ambank Hussain Najardi, telah menjual semua sahamnya pada tahun 1983-1984 dan membantu menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa serta tidak terlibat dalam pengurusan mahupun di pejabat beliau di Ambank dalam tempoh 30 tahun yang lalu.
2) Tiada laporan polis difailkan oleh Najardi pada Julai 2013 atau masa-masa lain berkenaan transaksi tersebut. Rekod tersebut didapati tidak wujud.
3) Tiada mana-mana Ketua IT dipaksa untuk meletak jawatan pada tahun 2013. Tambahan pula, CIO, Charles Tan, bekas Accenture masih ada sehingga hari ini dan telah berkhidmat melebihi tempoh 10 tahun.
4) Jika Ketua IT tersebut dipaksa untuk meletak jawatan, mereka boleh membocorkannya pada orang awam atau pergi terus kepada pihak pembangkang, jika mereka sedar tentang sejumlah besar pemindahan tersebut, tetapi sudah lebih 2 tahun tiada sesiapa sedar akan sejumlah besar pemindahan tersebut.
5) Pengasas Ambank dibunuh kerana pertikaian tanah kuil di Bukit Ceylon dimana beliau telah menyekat penjualan tanah tersebut kepada pihak lain.
6) Satu-satunya anak tunggal pengasas Ambank iaitu Pascal Najardi merupakan seorang yang bermasalah.
Dia dilahirkan di Swiss dan memegang kewarganegaraan bagi dua negara iaitu Swiss-British dan tidak dapat tinggal di Malaysia.
Pascal menggunakan Mahkamah Tinggi Syariah untuk menyaman isteri arwah ayahnya iaitu Cheong Mei Kuen dan menghalangnya dari mendapat harta pusaka berjumlah RM1.8 juta kerana beliau bukan beragama islam dan mengarahkan beliau untuk membayar wang berjumlah RM30 000.
Puan Cheong juga didapati cedera dalam kejadian tembak-menmbak tersebut dan memangku mayat suaminya yang berlumuran darah.
KESIMPULANNYA: Cerita berkenaan pembunuhan pengasas Ambank yang dikaitkan dengan Najib adalah tidak benar.copypaste theunspinners.blogspot "UNTUK MELAWAN ANJING NI, KITA JANGAN LARI. ANGKAT KAYU ,LARILAH DIA.KALAU KITA LARI LAGILAH DIA KEJAR. JADI, ANGKAT KAYU ATAU BALING BATU...SERGAH ANJING TU BALIK. MESTI LARI LINTANG PUKANG" -TLM-
Macam mana nak jadi orang tengah bila dari awal lagi dah pun berbunyi menyokong Najib, rasanya Mufti Perlis pun layak juga lah kot.
BalasPadamMufti Wahabi bahaya
Padampaul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.
PadamPrinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."
BUSTED AGENT KAFIR INFIDEL HYPOCRITE MUNAFIQ....
PadamTed Manoff July 11, 2015 at 6:27:00 AM GMT+8
PadamDia Wahabi. .dok balon kaw2 Habib2 dan Sayyid2 yg bawa Islam dari Hadramaut...dangerous than the Jews.. theunspinners.blogspot
Macamana le mufti ni nak jadi orang tengah....belum apa-apa sendiri dah hilang kawalan, mulut tak ada insuran.
BalasPadamApabila ingin membunuh sesuatu tanaman,maka racunilah akar-akarnya, Apabila ingin memusnahkan sesebuah kaum,maka rosakkanlah kisah sejarah kaumnya.
BalasPadampm tak berbalah pun.tapi tun m yg menyerang berterusan walaupun pm dah bgtau 42 bilion hutang tu digunakan untuk apa.tun m takkan puas hati selagi pm tak letak jawatan walaupun berbuih pm memberi penerangan.walaupun mufti terkenal didunia jadi orang tengah,tun m akan terus menyerang selagi pm tak letak jawatan mcm paklah.
BalasPadamBaik mufti perak ni jadi orang tengah antara rakyat bawahan dengan Najib..ye ler, dari sibuk risaukan perpecahan umat islam, baik mufti risaukan kedudukan golongan bawahan yg terbeban dengan kenaikan harga petrol, kos sara hidup, gst dan sape tau sok lusa mungkin tol akan naik harga plak...org islam lau miskin sgt, terbeban dgn kos sara hidup tinggi, sok lusa pn leh lari akidah...sok lusa ramai lak jadi penciri, pelacur...tol kan mufti perak...
BalasPadamLIM KIT SIANG TERBABIT PEMBALAKAN HARAM DI KELANTAN
BalasPadamKeceluparan Lim Kit Siang dalam bencana banjir besar di Kelantan sangat luar biasa.
Rupa-rupanya Lim Kit Siang berusaha menyembunyikan penglibatannya dalam pembalakan haram di Kelantan, patutlah dia menghentam semacam saja semua orang dengan harapan tidak akan ada pihak akan perasan penglibatannya. Walaupun penama dalam konsesi Pembalakan di 10,526 ekar tanah di Kelantan diberikan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, mereka hanya Proksi Lim Kit Siang sahaja!.
Mereka ini dan DAP mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit tetapi NYAWA rakyat Kelantan terkorban. DAP sangat-sangat tak berhati perut, DAP makan darah rakyat Kelantan dan tidak memberi apa-apa bantuan sedikitpun daripada keuntungan bisnes balak itu. Keuntungan Balak itu rupa-rupanya mereka berjoli sakan di Eropah.
Sangat menyakitkan hati melihat Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bersenang-lenang melancong di Eropah dengan kapal first class, sangat menyakitkan hati melihat isteri Lim Guan Eng bergayashopping sakan sambil menunjuk-nunjuk beg jenama mahal Gucci Bamboo berharga 2240 pound. Sangat menyakitkan hati melihat Lim Kit Siang dan keluarganya, Lim Guan Eng dan isterinya enjoy berhabis.
Lim Kit Siang lupa Kelantan dikuasai Pakatan Rakyat yang turut dianggotai DAP. Kerajaan Pakatan Rakyat betul-betul Total Failure dan gagal mengurus bencana banjir di negeri yang mereka perintah! Bagaimana nak tadbir negara kalau negeri sendiri tak boleh tadbir?
Kita mencadangkan lebih baik Lim Kit Siang dan DAP membuat Latihan dan belajar pengurusan bencana kebakaran Ladang Babi sebelum menunjuk-nunjuk konon pandai mengurus bencana negara!
Bacaan Tambahan :-Proksi Lim Kit Siang di sini Keuntungan DAP di sini Proksi DAP di sini.copypaste.mymassa.blogspot
Assalam semua...untuk makluman, saya ada menjual mercun utk hariraya.sesiapa yg berminat bole dtg ke gerai saya No 4 Bazar Ramadhan Desa Pandan dgn menyebut kata laluan 'Zam zam Ala Kazam' dulu dan barulah kami tunjuk mercun pd pembeli. Polis ramai kat sana nanti kena tangkap
BalasPadamtentu ada tawaran terbaik.bukan senang nak fokus atau tirik silang garis2 taktentuarah ni.ruan mufti ada?
BalasPadamkefakaran tuan pastinya 'tuntutan islam' apa lagi kan.tapi leh caya ke! orang politik tersohor dgn perkiraan semberono.paayah nak jadikan praktik islam leh gak dijadikan ikutan/budaya rakyat.
tuan nampak ragu ja terintai2 nak jadi oramg tengah nama2 besar melayu ni..eh godjob tu