Isnin, Julai 04, 2011


Hah!!! Macam mana? Ada lagi ke puak - puak Pakatan Pembangkang yang bodoh bahlol tu nak mempertikaikan mengenai Titah YDP Agong ni?

Kalau petang tadi, ada mangkuk ayun yang menggelarkan dirinya sebagai PakKaramu yang mempertikaikan Titah Perintah Sultan Pahang.

Kali ni, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sendiri dah memberikan titah perintah. Ada lagi ke yang nak membantah?

Kalau ada juga, tak de apa dah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak berkenaan. Lucutkan kerakyatan mereka dan buang mereka dari Malaysia ni.

Biar diorang rasa macam mana susahnya merempat di Negara orang lain. Baru diorang tahu nikmat hidup di Malaysia ni. Itu pun tak reti nak bersyukur jugak. Memang macam sial!!!

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Datuk Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.


Hakikatnya, demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya, kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
Ps: Tunggu pagi esok jam 8 pagi. Ada pendedahan yang akan dibuat.
Categories: , , ,

8 ulasan:

  1. (Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana)baca dan fahami ayat ini...kalau aku kata hampa bodoh hampa marah...DAULAT TUANKU

    BalasPadam
  2. "Mungkin Agong yang makan rasuah saja" <- NI ADALAH SATU KOMEN DARIPADA BUDAK BLOGGER PEMBANGKANG YANG AKU DAPAT SNAP SHOT & PRINT SCREEN DIA PUNYA PENULISAN.

    BRO SEMUT BOLEY TENGOK KAT BELOG AKU DI SINI (klik!) TQ!

    BalasPadam
  3. Lek eleh anon 12.39
    Apa ko ingat ketua PR tu adil? Court kes pun dah tangguh dekat 60 kali. Pemimpin lain yg ada kes moral termasuk luar negara semua letak jawatan melainkan PR, cam Mat Sabu dan Eli Wong. Apa ko ingat perangai serupa tu AMANAH ke?

    Ko tak faham. Sebenarnya makna secara adil dan bijaksana tu ditujukan untuk orang2 yg rakus dan terburu-buru nak cepat jadi PM.

    BalasPadam
  4. HANG BACA YG TU SAJA KA?
    YG LEN...HANG XBACA
    DASAR PENJIILAT PUNKOQ
    KLU AKU KATA...HANG BODO PIANG...HANG MARAH
    JGN MARE..NANTI KENE JUAL

    DAULAT TUANKU

    BalasPadam
  5. alaa dorang mesti teruskan juga..sedangkan nama Allah pun puak pas sanggup jual..inikan pulak titah Agong. apa dorang peduli.

    BalasPadam
  6. al juburi memang kaki temberang macam dia pakai nama YDP Agung menyebelahi dia untuk 9/16, pujuk wakil rakyat BN lompat parti, sekarang pencacai dia pun dah ikut cara dia pakai main petik je nama YDP Agung. Ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat macam penjilat al juburi? Kalau dah kaki jubur tu. tak kira macam lubang pun disangkakan jubur juga. Bebal tak habis.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama berkata...
    (Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana)baca dan fahami ayat ini...kalau aku kata hampa bodoh hampa marah...DAULAT TUANKU

    4 Julai 2011 12:39 AM

    Saudara, Ini di tujukan juga kepada kerajaan pembangkang yang memerintah di empat negeri. Jangan tengok tungau seberang laut, tengok2lah juga gajah depan mata.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping