Rabu, Ogos 24, 2011


Itu perkara yang memang dah cukup jelas. Tak perlulah puak - puak Pakatan Haramjadah tu nak pertikaikan lagi mengenai perkara ini.

Kelmarin, Si Ketua Penipu tu bukan sahaja memberi ceramah Politik macam yang dia biasa buat di luar. Tapi juga dia sengaja memburuk - burukkan sistem Kehakiman Negara.

Yang sebenarnya, dia dah kantoi secara terang - terangan. Maka sebab itulah kenyataan dia semalam hanya banyak memburuk - burukkan orang lain. Termasuk la Hakim dan PM.

Dah kena pada batang hidung sendiri, semua benda jadi tak betul. Semuanya salah belaka. Kenapa dia tak buat benda yang sama terhadap kes liwat yang lain?

Adakah kes - kes lain itu juga merupakan konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti dia jugak? Adakah orang lain yang menghadapi tuduhan itu tidak layak untuk mendapat Keadilan?

Dia cakap je nak memperjuangkan Keadilan. Tapi Keadilan tu semua untuk diri dia je. Bukan untuk rakyat pun!!! Cerita pasal Keadilan untuk rakyat tu semuanya menipu belaka!!!

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.
Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.
"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.
"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.
Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.
Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.
"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.
"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping