Aik!!! Ini satu berita pelik ni. Tak pernah lagi dengar cerita ni. Biasanya, yang selalu dituduh bagi rasuah ni katanya orang UMNO je.
Tak sangka pulak ada jugak dikalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu pun turut terlibat dengan perkara yang selama ini dikutuk dan dikritik oleh mereka.
Mungkin inilah salah satu perubahan yang berlaku didalam Parti yang KONONnya memperjuangkan Islam tu ye tak.
Mungkin sebab itu la diorang GUGURkan perjuangan Negara Islam dan gantikan dengan Negara Kebajikan agar perkara seumpama ini dapat dilakukan dikalangan mereka.
Inilah akibatnya kalau suka sangat tengok nyamuk diseberang laut. Masalah dalam parti sendiri pun tak terjaga. Lagi nak cakap pasal orang lain. Kan dah kena batang hidung sendiri. Baru Padan Muka!!!
IPOH 23 Ogos - Presiden Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan Negeri Perak, Fauzi Muda hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa dan peguamnya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000.Dalam laporan tersebut, Fauzi mendakwa pada 10.30 malam kelmarin, dua lelaki yang memperkenalkan diri sebagai wakil firma guaman Zainul Rijal Talha & Amir datang ke rumahnya kerana mahu berbincang tentang notis saman fitnah terhadapnya yang dihantar semalam.Katanya, dalam perbincangan itu, beliau ditawarkan RM50,000 dengan syarat bersedia melakukan beberapa perkara termasuk meminta maaf secara terbuka kepada Nor Azli dan menyokong kenyataannya terhadap Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria."Selain itu, saya diminta menarik balik segala tuduhan dan dakwaan dalam isu jutawan segera melibatkan pemimpin pembangkang termasuk Nor Azli yang dilaporkan kepada SPRM."Saya juga diminta mengaku bahawa segala tindakan itu adalah atas bayaran atau agenda UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya di pekarangan pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.Mengenai tuntutan saman oleh Nor Azli, Fauzi menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf kepada bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu dalam tempoh seminggu seperti dituntut."Yang kedua, tiada sebab untuk saya bayar RM250,000 kepada mereka dan ketiga, saya mohon dengan segala hormat kepada Nor Azli supaya segera kemukakan saman supaya saya boleh membuat banyak lagi pendedahan di mahkamah," katanya.Fauzi yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak turut mencabar Nor Azli menafikan secara terbuka bahawa beliau bukan salah seorang 'jutawan segera' dan mengisytiharkan asetnya semasa dan selepas 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak."Saya sudah serah kepada SPRM senarai individu yang disyaki memiliki kemewahan segera semasa pemerintahan pakatan pembangkang. Nor Azli pun sudah tahu dia salah seorang daripadanya," katanya.Beliau turut sedih kerana terpaksa berhadapan tindakan saman daripada individu yang mengaibkan Harussani."Sepatutnya Nor Azli layak disaman oleh Mufti Perak kerana menggelar Harussani dengan panggilan 'Syaitan bercakap' dan 'Haramsani'. Namun, saya terima hakikat ini kerana ia untuk kebenaran dan maruah seorang yang patut kita hormati," katanya.Fauzi disaman fitnah kerana kenyataannya semasa membela Harussani di Utusan Malaysia pada 7 Jun lalu apabila mendakwa Nor Azli antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi 'jutawan segera' semasa tempoh 11 bulan pemerintahan pembangkang di Perak sehingga mampu membeli rumah berharga RM500,000.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.