Fitnah!!! Ini semua konspirasi jahat yang sengaja diada - adakan untuk merosakkan karier Politik Si Ketua Penipu tu sahaja.
Tindakan ini merupakan tindakan keji yang sengaja dicipta oleh puak - puak Barisan Nasional untuk melaga - lagakan Pakatan Pembangkang itu sahaja.
Mereka sudah terdesak sehingga sanggup mengeluarkan permainan kotor seperti ini. Apakah BN sudah tidak ada maruah?
Itulah diantara alasan yang akan diberikan oleh Si Ketua Penipu tu bila dia baca laporan ini. Dia bukan boleh terima hakikat.
Kalau kena pada batang hidung dia, semua benda fitnah, semua benda konspirasi. Tapi kalau dia buat, semuanya betul belaka. Walaupun terang - terang dia menipu.
Mungkin tindakan pemimpin PAS yang memilih Tengku Razaliegh untuk menggantikan tempat dia ni dah sedar bahawa Si Anugay tu memang kaki penipu kot.
Dari dulu lagi orang dah bagi tau. Tapi diorang tak nak dengar. Degil. Nak sangat ikut rasa hati. Sekarang, dah terantuk baru nak terngadah. Baru Padan Muka Diorang!!!
KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.
Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.
Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.
"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.
"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.