Isnin, Ogos 01, 2011


Ya!!! Ini satu berita yang sangat memalukan buat PAS dan seluruh rakyat Negeri Kelantan. Si Wali terompah tu dikatakan masih tidak bebas rasuah.

Jadi, dia tak la sebaik dan semaksum yang selalu dibangga - banggakan sangat oleh penyokong - penyokong kuat dia selama hari ini.

Itu hakikat yang memang tak siapa pun boleh tolak. Malah, dia sendiri pun tidak layak untuk menafikannya.

Jika tidak, mana mungkin timbul isu mengenai Ladang Rakyat yang sampai hari ni masih tidak dapat dijelaskan oleh pihak Kerajaan Negeri.

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM ni, maka ini bermakna setiap pemimpin tu pasti terlibat dan tidak terkecuali dari melakukan rasuah.

Tak kira la sama ada diorang dari pihak Parti Pembangkang atau Parti Kerajaan sekali pun. Cuma tidak ada laporan je yang dibuat berkaitan dengan mereka.

Jadi, tak payah la ahli - ahli PAS atau puak - puak Pakatan Pembangkang tu bangga sangat dengan Si Wali Terompah ni. Dia manusia biasa. Bukannya Nabi!!!

KOTA BHARU 31 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan, kerajaan Pas Kelantan tidak sepenuhnya bebas daripada rasuah dan penyelewengan kuasa seperti yang didakwa oleh pentadbiran negeri ini.

SPRM pada masa sama turut menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa suruhanjaya itu takut untuk melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan pentadbiran Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd. Nor berkata, rasuah dan penyelewengan mungkin berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri tersebut bagaimanapun ia tidak dilaporkan kepada pihaknya.

"Kita tidak boleh kata kerajaan Pas Kelantan bebas rasuah sepenuhnya. Rasuah atau penyelewengan sememangnya ada tetapi tidak dilaporkan kepada kita.

"Semua negeri ada rasuah, sukar untuk dikatakan pentadbiran bebas sepenuhnya rasuah cuma bezanya sedikit atau banyak," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Pengarah SPRM Kelantan di sini, hari ini.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping