Isnin, Ogos 08, 2011


Ini satu lagi bukti kebodohan puak - puak Pakatan Pembangkang ni dalam memperjuangkan tuntutan untuk mengadakan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil.

Dalam membuat tuntutan tersebut, mereka telah berjaya membuktikan bahawa mereka kurang cerdik dan tidak tahu menggunakan sistem sedia ada.

Kalau hari tu, mereka adakan wacana anjuran Sinar Harian. Wacana itu telah membuktikan bahawa SPR terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan.

Ia jelas bertentangan dengan apa yang mereka dakwa sebelum ini dimana kata mereka, SPR tidak mahu berunding dengan mana - mana pihak.

Padahal, mereka sebenarnya tidak pernah pun menjemput atau mencadangkan agar satu pertemuan rasmi diadakan dengan pihak SPR.

Bila SPR buka pintu rundingan dan menjemput mereka, mereka jelas sombong, bongkak dan angkuh menolaknya. Akhirnya, terpaksa juga mereka berunding.

Demikian juga dengan desakan untuk mengadakan sidang Khas Parlimen untuk membincangkan mengenai daftar pemilih yang dicadangkan baru - baru ni.

Kenapa selama ni diorang tak nak bagi cadangan agar perkara tersebut dibincangkan didalam sidang Parlimen? 

Mungkin sebab selama ini diorang sendiri pun tak buat kerja. Baru ini la diorang sibuk - sibuk nak kumpul nama pengundi - pengundi 'Hantu' tu dan dibentangkan di Parlimen.

Selama hari ini, kenapa diorang tak bentangkan perkara tersebut? Dah jelas sangat yang diorang ni memang Pemalas.

Yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka nak buat sidang Parlimen tu dalam bulan puasa. Bulan dimana semua umat Islam dianjurkan agar banyak beramal dan beribadah.

Dah la tu, desakan nak adakan sidang tu pulak datangnya dari seorang pemimpin parti yang memperjuangkan Islam (KONONnya).

Sepatutnya dia bagi cadangan agar diadakan Majlis - Majlis agama bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dikalangan Ahli Parlimen yang beragama Islam.

Rasanya cadangan itu lebih baik dan boleh diterima ramai. Nak buat sidang Parilemn pun, lepas bulan puasa pun boleh!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping