Rabu, Ogos 31, 2011


Tak boleh nak kata apa dah dengan puak - puak Pembangkang yang memang sedia bangang ni. Sampaikan komunis pun nak dibangga - bangga kan sangat.

Nampak gayanya, diorang memang dah ketandusan idea dalam berpolitik sampaikan fahaman Komunisme pun nak dibangkitkan semula. Ce baca apa kata Tun Dr. Mahathir dalam isu ni.

PUTRAJAYA 30 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.
Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.
‘‘Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.
Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.
‘‘Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain,” katanya.
Ps: Yang peliknya, di Malaysia ni nak dibanggakan sangat dengan Komunis ni kenapa sedangkan dinegara lain semua dah lenyapa fahaman tersebut?

Jadi siapa yang sebenarnya buta sejarah? Mat Syabun atau masyarakat dunia ni sebenarnya? Memang dasar manusia tak kenal dek untung. Ceit!!! Pigidah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. kepada pengagum komunis - pergi la belajar dan buat soal-selidik kat indonesia bagaimana baiknya komunis kepada kerajaan indonesia selepas merdeka, adakan anda pernah mendengar gestapo, lubang neraka dan lainnya. mat sabun pergilah ke sana, mahu faham lagi pergilah ke vietnam - berapa ramai rakyat yang menjadi jutawan dek kebaikan komunis, tanyalah rakyat vietnam jasa-jasa pol pot. pergilah ke cina tanyalah minoriti islam di sana bagaimana mereka diberi elaun kerana tidak berpuasa seangkan di malaysia umat islam ditangkap dan dihukum kerana tidak berpuasa fuh baik sungguh komunis ini, juga pergilah ke rusia selami kebaikan komunmis di sana. betapa bebasnya rakyat bolih berceramah dan memaki kerajaan seperti yang pas sedang buat jika anda ke negara komunis. pergilah ke sana dan berlututlah kepada pemimpin komunis kerana di sini pun anda sedang memuji jasa dan budi mereka. bravo mat sabun dan pendokong komunis - pas (part anutan sosialis).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping