Sabtu, Ogos 13, 2011

Muka tak bersalah je buat kona baring
Ini la dia semangat orang yang memperjuangkan Islam. Baru ada orag 'batuk' sikit, mula la dia tukar pendirian. Kalau bercakap, bukan main lagi.

Konon nak mempertahankan agama la, nak menegakkan hukum Islam la, itu la, ini la. Cakap je diorang ni. Bila suruh buat, semua takut.

Takut bukan sebab apa. Takut hilang kuasa yang ada. Takut pengaruh mereka akan dipertikaikan oleh orang lain. 

Dan lebih buruk, takut kehilangan undi dalam Pilihan Raya nanti. Bukannya nak perjuangkan Islam sangat pun. Itu yang diorang nak bangga sangat jadi pejuang Islam?
KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan (gambar) kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.
Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).
Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.
Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.
Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.
"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.
Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."
Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak. - HaprakDaily
Kalau betul la apa yang dilaporkan dalam Utusan tu tak benar, apa kata dia ambik tindakan. Saman Utusan. Jangan setakat cakap je pandai, buatnya tak reti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping