Memang lain macam anak kepada Si Ketua Penipu ni. Mudah sangat dia terpersona dengan orang luar. Sampai lupa diri nampak gayanya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ni, Ahli Parlimen Lembah Pantai ni katanya teruja bila dapat berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar Jerman.
Sehubungan dengan itu, dia berharap dapat menjalinkan hubungan dengan Negara Jerman. Apa, dia ingat Pakatan Pembangkang tu sebuah Negara ke?
Malah isi kandungan pertemuan dia dengan Werner Hoyer tu pun bukan nak membawa keuntungan kepada Negara.
Antara kandungan yang dibincangkan hanyalah untuk menjelaskan mengenai sebab kenapa mereka menimbulkan kekecohan pada 9 Julai yang lalu.
Itu je yang dapat dibanggakan oleh Si Nurul Izzah ni. Kalau ditanya mengenai sumbangan Pakatan Pembangkang kepada Negara, mau terbongak - bongak dia nak menjawab.
Bukan sebab apa. Dah memang jelas, diorang tak de membawa apa - apa manfaat malah faedah yang mampu diberikan kepada rakyat.
Adakah diorang ingat rakyat Jerman tu terlalu bodoh untuk tidak melihat perkara tersebut? Memang sah Si Nurul Izzah ni tak sedar diri.
Sudah - sudah la buat kerja merapu macam tu. Buat je la kerja kat kawasan sendiri. Nasib rakyat dikawasan sendiri pun tak terbela, ada hati nak jalin hubungan dengan orang lain. Ceit!!! Pigidah!!!
Pakatan pembangkang berterusan berlagak seolah-olah mereka sudah memerintah Malaysia apabila memberitahu akan membina hubungan diplomatik yang lebih erat dengan kerajaan Jerman.
Perkara itu disuarakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar selepas beliau dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain 'terpesona' dapat bertemu dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer.
Soal hubungan diplomatik sebenarnya adalah hubungan rasmi antara kerajaan yang memerintah dengan sesebuah negara dan bukannya hak pembangkang, apatah lagi pakatan pembangkang itu sendiri belum berdaftar.
Selasa lalu, Nurul Izzah bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menemui Hoyer dan antara butir perbincangan adalah membabitkan soal perhimpunan haram yang didalangi pembangkang pada 9 Julai lalu.
Hadir sama pada pertemuan tersebut ialah Duta Jerman di Malaysia, Dr. Guenter Gruber.
Nurul Izzah dalam blognya, menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara pakatan pembangkang dengan kerajaan Jerman.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.