Macam yang Semut katakan sebelum ni, dunia Politik hari ni dah jadi macam dunia hiburan serta lakonan semata - mata.
Kebanyakkan pemimpin puak - puak Pakatan Pembangkang tu semuanya memainkan watak masing - masing berdasarkan skrip yang telah disediakan oleh pengarah.
Siapa pengarah mereka? Siapa lagi kalau bukan Si Ketua Penipu tu. Dia la kepala alam yang mengaturkan segala watak dan lakonan yang perlu dilakonkan oleh mereka.
Tapi sayangnya, mereka tak tahu apa perbezaan dunia lakonan dan dunia nyata. Mereka tak sedar bahawa dunia lakonan ni hanya khayalan semata - mata.
Mungkin sebab mereka dah asyik dibuai dengan alunan 'Populariti' maka sebab itulah mereka tidak mempedulikannya.
Biar la tak berpijak dibumi yang nyata. Yang penting, aku glamour. Mungkin itu yang bermain difikiran mereka.
Dan dengan cara itu juga yang menghalalkan mereka untuk mempermainkan apa sahaja, termasuk kesucian ibadah puasa.
Apa gunanya kalau mereka berpuasa tetapi mereka tidak bertaqwa kepada Allah S.W.T? Hanya sekadar mahu menipu rakyat, itulah tujuannya.
Tidakkah mereka sedar bahawa dalam masa yang sama mereka juga cuba menipu Allah? Sayangnya, perkara ini tidak dijelaskan oleh pemimpin - pemimpin PAS kepada mereka.
Mereka lebih rela 'sahabat - sahabat' mereka menipu Allah daripada memberikan hidayah dan petunjuk ke arah kebenaran.
Tapi, nak buat macam mana ye tak? Kalau dah namanya Penipu Rakyat, apa pun diorang tak peduli. Lagi pun, menipu je yang diorang pandai. Bukan tau buat benda lain!!!
Allah menjelaskan nasib amal orang-orang kafir pada hari kiamat,وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (QS. Al-Furqan: 23)
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.