Selasa, Ogos 02, 2011


Kecewa. Mungkin itulah perasaan seorang isteri tatkala suaminya sering membelakangkan dia dan juga keluarga. Apa yang penting bagi si suami hanyalah kuasa semata - mata.

Tanggungjawab terhadap keluarga dan juga anak - anak diabaikan begitu sahaja. Semuanya demi kerakusan manusia yang dia sendiri gelar sebagai Anugerah Tuhan ini.

Tapi, bila tiba pada saat yang kritikal dimana dia mampu membantu si suami, nama dia pulak yang tercicir. Malah tidak tersenarai lansung sebagai saksi utama.

Itu persoalan yang timbul tatkala membaca berita mengenai pendedahan senarai nama - nama saksi yang hendak dipanggil oleh pihak Pembelaan bagi kes Si Ketua Penipu tu.

Semalam, Si Ketua Penipu itu telah memfailkan notis kedua dalam masa seminggu untuk menemu-bual 10 orang saksi sebelum kesnya disebut semula.

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis usul kedua dalam seminggu di Mahkamah Tinggi di sini dan kali ini beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi termasuk dua pembantu rumah warga Indonesia, yang nama mereka disenaraikannya dalam notis saksi beliau.

Dalam permohonan yang difailkan pagi ini melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.
Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati, manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Lapan lain yang dinamakan ialah Abdullah Sani Said (bekas pemandu Anwar), Mokhtar Mustafa, Nik Mahmood Nik Hassan, Noor Sham Abdul Hamid, Prof Dr Mohamad Ariff Abdul Karem (bekas pengarah eksekutif MIER), Mohd Khoharullah Abdul Majid, Raymond Yeoh Cheng Seong (pegawai bank) dan bekas ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.

Pada 26 Julai lepas, Anwar memfailkan permohonan serupa untuk menemu bual lima saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. – Bernama
Kenapa dia tak panggil Isteri dia sendiri sedangkan Kak Wan Omega sebelum ni mengaku kata dia berada dengan suaminya pada hari kejadian?

Pelik, tapi benar. Orang yang boleh menjadi saksi utama kepada kes tu tidak dipanggil lansung oleh pihak pembelaan. Kenapa? Ada apa yang nak disembunyikan oleh mereka?

Tapi apa nak heran ye tak? Ada la taktik Poo...singh yang sedang diorang rancang untuk menghadapi kes tersebut. Lagi pun kita bukan tak kenal, dia kan Ketua Penipu. Itu je la kerja dia pun!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping