Semut pelik. Memang pelik dengan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Nak pulak dari kalangan puak - puak Parti Angguk Saja tu.
Kenapa selama ini diorang tak pernah pertikaikan lansung mengenai Pilihan Raya yang semakin hampir? Padahal Si Ketua Penipu tu jugak yang cakap macam tu dulu.
Hari tu, dia bukan main yakin lagi bahawa Pilihan Raya Umum akan diadakan pada tahun ini. Mula - mula dia cakap lepas Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Lepas PRN Sarawak, dia ubah pulak. Kata dia bulan Jun atau pertengahan bulan Julai. Bila isu Bersih muncul, dia kata PRU akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Apa tujuan Si Ketua Penipu tu buat semua tu? Kenapa dia sibuk ke hulu ke hilir memukul canang kata yang PRU sudah semakin hampir?
Bila Perdana Menteri keluar kenyataan bahawa PRU akan diadakan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen, diorang tiba - tiba pulak menyalak yang bukan - bukan.
Kenapa diorang tak menyalak pada ketika Si Ketua Penipu tu keluarkan kenyataan dulu? Kenapa diorang tak bising - bising pulak pasal Pilihan Raya Umum ni?
Dah memang sah la, diorang sendiri pun ingkar dengan apa yang diorang sendiri cakap. Bak kata orang, diorang ni cakap tak serupa bikin!!!
KUALA LUMPUR, 23 Ogos — PAS menegaskan pihaknya tidak akan terpengaruh dengan “janji” Putrajaya berhubung jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, sebaliknya mahu jaminan konkrit bahawa tiada pilihan raya umum ke-13 selagi melaksanakan cadangan panel itu.Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tegas beliau: “PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.“Adakah tidak akan berlaku pembubaran (Parlimen) sebelum jawatankuasa ini selesai menjalankan tugas? Adakah cadangan pembaharuan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, jika tiada jaminan (daripada Najib) tiada makna jawatankuasa ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya Najib tidak dapat memberikan jaminan itu PAS akan menolak untuk sertai jawatankuasa itu.“Sama ada jawatankuasa khas ini dirangka daripada tuntutan Bersih 2.0 ia bukan perkara penting . . . yang penting Najib mesti berani mengatakan jawatankuasa ini akan laksanakan cadangan pembaharuan dan hasil jawatankuasa ini.“Saya desak Najib beri satu pendirian tegas dan jaminan jawatankuasa ini akan berfungsi dan laksanakan cadangan yang dikemukakan,” katanya.Tambah Salahuddin, beliau juga berkata mana-mana cadangan yang tidak boleh dilaksanakan pada pilihan raya umum ke-13 kerana perlu meminda Perlembagaan Persekutuan “ia boleh dirunding.”“Mana-mana yang boleh dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 dilaksanakan dan mana-mana yang tidak boleh kerana libatkan pindaan kita boleh berunding,” tegasnya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.