Sepanjang pagi sampai ke petang. Rasanya semua orang dah baca tentang perbicaraan kes Liwat Si Ketua Penipu tu.
Dibawah Semut siarkan pandangan dari seorang Peguam mengenai kes tersebut. Agak - agak korang, betul ke Si Anugay tu tak liwat Saiful? Korang baca je la dulu ye.
Adakah Anuwar membela diri atas tuduhan yang dihadapinya? Kalau baca statement nya itu yang edarkan kepada Mahkamah dan juga orang ramai (semoga yang diserah kepada mahkamah sama dengan yang diedarkan kepada orang ramai); antara lain pembelaan beliau adalah seperti berikut :-
1. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Mahkamah tidak bertindak adil kepadanya.2. Anuwar tidak liwat Saiful sebab pada tahun 1998 beliau dipecat oleh Dr. Mahathir.3. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas beliau dipecat ada gerakan reformasi.4. Anuwar tidak liwat Saiful sebab akibat kezaliman Dr Mahathir, UMNO, Polis dan Peguam Negara, beliau pernah dipenjara selama 15 tahun.5. Anuwar tidak liwat Saiful sebab setiap kali dia buat permohonan supaya Hakim Zabidin tarik diri, permohonan dia ditolak.6. Anuwar tidak liwat Saiful, sebab Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Malik dalam penghakiman bertulisnya mengata Anuwar dan tolak permohonan Anuwar. Hakim "going out of line" a.k.a outside or offside?7. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Saiful ada hubungan cinta dengan DPP Farah Azlina Latiff yg juga sudah ada tunang, sama dengan Shaiful pun ada tunang.8. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Mahkamah Rayuan tidak bacakan penghakiman bertulis pada 6 Julai 2011 hari menolak permohonannya untuk tukar hakim dan penghakiman bertulis (written judgment) itu dihantar melalui BC Box lawyer saja pada 11Ogos 2011.9. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dalam proceeding kes ini, pendakwa tak beri kepada Anuwar semua dokumen, senarai saksi, laporan itu dan ini dan segala benda alah tidak diserahkan kepada Anuwar.10. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Hakim Zabidin tidak panggil untuk beri penjelasan kepada media seperti TV3 yang siarkan interview dengan Saiful. Hakim Zabidin sepatutnya mesti buat macam Hakim Akhtar Tahir yang panggil media beri tunjuk sebab. Oleh kerana Hakim Zabidin bukan Hakim Akhtar, Anuwar tak liwat Shaiful.11. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Hakim Malik tulis begini dalam penghakimannya :" [5] This case will fall in history. It will be chronicled as the only known case in our country or for that matter within the Commonwealth enclave where the appellant as an accused person persistently and consistently filed one application after another in an attempt to recuse the learned judge from hearing and continuing to hear the sodomy trial which is ongoing."12. Anuwar tidak liwat Saiful sebab tidak pernah ada sesiapa atau mana-mana pihak yang membuat permohonan di Mahkamah mengistiharkan dia seorang "vexatious litigant"13. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas diliwat pun Saiful tak mengadu sakit atau trauma, malah lepas kena liwat boleh minum kopi lagi dengan Anuwar. Anuwar pun tak kunci pintu bilik, Saiful tinggi 6 kaki, mana Anuwar yang dah 60 tahun boleh liwat dia. Kalau liwat pasti Saiful tak boleh pergi function PKR pada esoknya.14. Anuwar tidak liwat Saiful sebab selepas kena liwat Saiful pergi jumpa Najib dan Rosmah, ada cakap telefon dengan Musa Hassan dan jumpa Rodhwan di hotel.15. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Supt. Jude Pereira tidak dipanggil sebagai saksi dalam Trial-within-a-trial. .16. Anuwar tidak liwat Saiful sebab "sperm" yang dianalisa oleh Ahli Kimia ada masanya tidak diletak dalam Freezer. Ada 43 jam sperm itu tak masuk dalam freezer.17. Anuwar tidak liwat Saiful sebab ahli kimia cuai dalam buat kerja.18. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia buat quotations dari Quran, Shakespeare, English case reports, Indian case reports dan juga Malayan Lawyer Journals.19. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia buat submission yang sepatutnya dia beri keterangan membela diri. Dia ambil alih tugas lawyer, mungkin sebab Karpal Singh dia tak percaya (pernah suruh dia tobat), Param Cumaraswany bukan pandai buat kes jenayah dan Sankaran Nair itu budak suruhan dia sahaja.20. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Prime Minister Dato' Seri Najib Razak berkonspirasi "to send me into political oblivion by attempting once again to put me behind bars."21. Anuwar tidak liwat Saiful sebab Anuwar "I therefore declare that I have no faith whatsoever that justice will prevail in these proceedings notwithstanding the valiant efforts made by my defence team"22. Anuwar tidak liwat Saiful sebab dia tak nak mandi kolah lagi di Sungai Buloh dan dia ikut stail Nelson Mendela. Dia hero macam Nelson Mendala!!!
Atas 22 perkara yang telah dikemukakan itu, Anuwar telah berjawa dalam pembelaannya. Anuwar berjaya membelit, menipu, memperkuda, menganjing: bukan saja kerajaan, mahkamah dan polis; malah orang yang menyokongnya, peguam-peguamnya, anak isteri dan keluarganya.
Anuwar tidak perlu angkat sumpah, tapi semua saksi yang dipanggil untuk membelanya semua kena angkat sumpah dan akan kena teruk disoalbalas oleh peguam-peguam. Termasuklah kononnya pakar DNA dari Australia yang dibawa khas.
They got fooled by Anuwar !!! Anuwar hanya bagi speech di mahkamah, yang lain itu diperkudakan untuk bela dirinya, termasuk lawyers !!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.