Apa lagi yang diorang mampu buat selain dari hanya duduk dan lihat sahaja iman serta akidah umat Islam dibiarkan terpesong begitu sahaja.
Walaupun sebelum ini, kata Si Mat Gelap Idris Ahmad, PAS cukup konsisten dan secara istiqomah menentang agenda murtad, namun masih tidak dapat dilihat keberkesanannya.
Maka sebab itulah dua orang pemimpin PAS ini merasa kecewa dan terkilan dengan pendirian parti mereka sendiri.
Nak pulak selepas mereka menggugurkan perjuangan Negara Islam yang selama ini didukung bagai menatang minyak yang penuh.
Ikuti petikan luahan rasa yang dinyatakan oleh blog ScrewKuat yang didedahkan dibawah. Semoga PAS dapat pengajaran daripadanya. Jangan setakat jadi Pak Angguk Saja!!!
Rasa terkilan, kecewa dan pelik apabila melihat keadaan Islam di negara ini. Kita lebih menilai perkembangan dan lestarinya Islam di Malaysia hanya secara fizikal tetapi dari segi rohani atau spiritualnya masih berkonsepkan “iman taklid” dan “iman warisan” bagi penganut Islam berbangsa Melayu yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Apa yang Tukang Screw nak tambah ialah satu lagi istilah iaitu “iman politik” iaitu iman berdasarkan kepentingan politik yang boleh memberi kebaikan dan kelebihan terutama melibatkan keputusan pilihan raya yang mampu memberi kuasa kepada pengamalnya.
Di sini maruah dan nilai agama Islam itu terletak di neraca penimbang mereka yang diberi amanah atau tanggungjawab daripada jamaah untuk memelihara apa yang patut dipelihara atau apa yang akan ‘terlepas’ dari genggaman.
Berbalik kepada isu tindakan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos lalu yang menimbulkan pelbagai polemik politik di negara ini, Alhamdulillah JAIS telahpun menghantar laporan awal berhubung tindakan tersebut ke pihak Menteri Besar Selangor dan laporan lengkap dengan mengambil kira temuduga terhadap 12 individu “Islam” yang hadir pada majlis Thanksgiving Dinner akan menyusul.
Akum Bro Semut...Saya Dah Linkkan Blog Bro Ke Blog Saya...Diharap Bro Dapat Linkkan Juga Blog Saya. Sekian. GoooBloggg.Blogspot.Com
BalasPadam