Isnin, Ogos 08, 2011


Dalam kemelut kita membicarakan mengenai wujudnya agenda memurtadkan umat Islam, mungkin perkara ini kita terlepas pandang.

Apa yang diperbesar - besarkan didalam media hanyalah mengenai tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan pendirian yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali sahaja.

Kemudian, perhatian kita tertumpu pula kepada perbalahan dan konflik dalaman PAS Selangor apabila Khalid Gereja mengeluarkan kecaman terhadap tindakan Dr. Hassan.

Namun, selepas PAS Pusat selesai mengadakan mesyuarat semalam, ternyata dakwaan serta penjelasan yang diberikan oleh Dr. Hassan Ali ada asas yang kukuh.

Maka, bagi pendapat Semut, adalah wajib bagi Si Khalid Gereja dan mana - mana pihak yang membuat kecaman sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mereka perlu memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri tersebut kerana membuat dakwaan yang bukan - bukan. Jangan setakat tahu baling batu sembunyi tangan.

Itu satu hal. Satu lagi perkara yang kita tidak dapat lihat ialah mengenai ketidak-upayaan Si Khalid Gagap dalam mentadbir Negeri dengan baik.

Nampak sangat dia GAGAL mengenal pasti golongan - golongan yang terpinggir sehingga mereka mencari perlindungan dengan pihak lain.

KONON, kata Menteri Besar Badut tu, pihak Kerajaan Negeri pimpinannya dah berjaya mengenal pasti rakyat Negeri yang memerlukan bantuan kebajikan.

Kalau dia berjaya mengenal pasti golongan - golongan tersebut, kejadian seperti ini  tidak mungkin akan berlaku. 


Jika benar dia telah menjalankan tugas dengan baik, adakah keluarga tersebut akan mengambil tindakan sedemikian?

Maka sebab itulah Khalid Gagap enggan menwar - warkan isu ini oleh pihak media kerana ianya akan menyerlahkan lagi keGAGALan dia sendiri sebagai Menteri Besar.

Mungkin, ada pihak yang akan menundingkan jari kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun, mereka tidak mendabik dada seperti mana yang dilakukan oleh Si Khalid Gagap selama ini.

Bagi Semut, kejadian ini ada khifarahNya. Jangan kita terlalu bermegah - megah dengan kebaikan dan kebajikan yang kita buat kepada orang lain kerana akhirnya nanti, Keredhaan Allah jua yang kita cari.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sdr Semut.. terima kasihlah sbb postkan entry sdr ke email sy. Tp sy rasa tak perlu sdr post entry ke email saya lagi sbb sy sebenarnya lebih banyak bukak blog dr bukak email. Setiap entry yg sdr pos di sini jarang terlepas pandang oleh saya... Jadi alangkah bahagianya sy kalau sdr hentikan posting entry blog sdr ke email sya. Ia hanya memenuhkan mailbox sy sja... terima kasih

    lukman (Suara Blog Utusan)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping