Isnin, Ogos 22, 2011


Itu satu persoalan yang perlu dijawab oleh Setiausaha Agung PAS Pusat ni. Kenapa dia takut sangat nak dedahkan bukti mengenai hubung kait UMNO dalam isu DUMC baru - baru ni?

Kenapa dia nak banyak bertangguh - tangguh dan banyak beralasan apabila ada pihak yang mendesak agar dia dedahkan perkara tersebut?

Kalau dia yakin dengan bukti yang dia ada, dedahkan saja kepada pihak media. Biar semua orang tahu. Dia nak simpan buat apa? Buat pekasam?

Nampak sangat macam ada udang disebalik batu. Kata Mustafa Ali, bukti tersebut hanya akan didedahkan didalam Mahkamah atau apabila mereka dipanggil oleh pihak JAIS sahaja.

Nampak sangat Si Mustafa Ali ni memang jenis manusia yang angkuh dan bodoh sombong. Dia tak sedar yang tindakan dia tu hanya akan merugikan PAS sahaja.

Kang tak pasal - pasal je dia kena saman sebanyak RM10juta kerana menimbulkan fitnah. Kalau kes tu sangkut mana dia nak cari duit? Pecah tabung derma lagi ke?

Nak pulak apabila kini mereka mula diserang mengenai isu tuisyen dan agenda memurtadkan kanak - kanak Islam pulak di Selangor baru - baru ni.

Yang jelas, PAS masih belum membuat sebarang pendirian mengenai perkara tersebut. Mereka masih berdiam diri dan melihat sahaja perkara tersebut terus berlaku.

Adakah itu yang dikatakan perjuangan Istiqomah yang dimaksudkan oleh puak - puak Parti Angguk Saja tu sebelum ini?

Kalau itulah yang dikatakan sebagai Istiqomah dengan cara hanya berdiam diri dan bising sesama Islam sahaja, baik tak payah nak dabik dada kata diorang ni pejuang Islam.

Kalau bercakap pandai, tapi bila bab perlaksanaan, semua tak reti. Semua takut nak tegakkan syiar Islam. Pejuangan Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping