Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.
Menurut menteri besar, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.
"Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.
“Saya juga telah berjumpa dengan mufti negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, majlis tersebut akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garispanduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.
Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti.

Ps: Daulat Tuanku!!! Memang Tuanku jugak yang bijak dalam menangani isu DUMC dan juga JAIS ni. Nak harapkan Si Khalid Gagap tu, entah bila la selesainya.
Tu pun nasib baik la dia nak mengaku kata ianya idea DYMM Tuanku. Kalau idea orang lain, mau dia kata dia yang bagi idea tu.
Nak dia sendiri yang selesaikan masalah tu pun tak tak boleh harap jugak. Dia pun bukan boleh percaya sangat.
Sekali kena bentak dengan Terasa Kok atau dengan Ronnie Liu, mau tergagap - gagap dia nak buat penjelasan kepada rakyat.
Nasib baik Selangor ni masih ada Sultan yang prihatin terhadap kesucian Agama Islam. Kalau jadi macam di Pulau Pinang tu, tak ke haru???
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.