Wah!!! Nampak gayanya Si Khalid Gereja ni nak sangat ikut jejak langkah Si Nizar Lilin tu ye. Dia pun nak jadi penderhaka kepada Sultan jugak.
Bukan baru ni dia buat kerja yang dilihat menentang keputusan DYMM Sultan Selangor. Dah banyak kali sebenarnya.
Hari tu, dia jugak yang pertikaikan kuasa Sultan diatas lantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Dia siap buat sesi berdemo lagi depan Pejabat SUK bagi membantah keputusan tersebut bersama beberapa orang ahli Parti Angguk Saja tu.
Tu pun dah kira ingkar dengan perintah Sultan. Tapi orang buat tak tau je. Kali ni, bukan sahaja dia membelakangkan perjuangan Islam, malah turut menderhaka terhadap Sultan.
Dah la isu murtad ni dia sendiri tak nak perjuangkan, ada hati nak jadi pejuang Islam konon. Adakah orang macam ni layak untuk dijadikan sebagai pemimpin? Dan adakah orang seperti ini nak dibiarkan begitu sahaja? Korang fikir la sendiri!!!
SHAH ALAM, 18 Ogos — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.“Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.“Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran,” katanya.Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.“Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.“Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini,” kata Mohd Adzib.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.